Family belah aku siap minta macam2 selama majlis aku. Aku kesian tengok tunang aku kerja siang malam untuk halalkan aku.

Assalamualaikum semua. Bila cerita topik kahwin mesti semua akan rasa excited, berdebar, happy & so on.

Aku seorang perempuan, berumur 20-an, bkerja di salah sebuah bank di Selangor, baru sahaja bertunang hujung thn lpas. Sepatutnya majlis berkahwin merupakan impian setiap perempuan.

Tapi malangnya umpama mimpi ngeri pula bagi aku. Aku dari kecik2 memang suka tengok program Nona kat TV3, sbb aku suka sgt tengok pelamin yang cantik2, baju kembang2 mcm Princess.

Tipulah kalau aku cakap aku takde majlis perkahwinan impian kan, tapi sederhana tanpa HUTANG tu jauh lebih baik bagi aku. Huhu. Benda macamni adalah salah satu punca:-

Yes! Aku tak cakap family aku jahat, tapi aku rasa diorg langsung tak boleh nak faham aku. Untuk pengetahuan, majlis perkahwinan aku dgn tunang 100% menggunakan duit kami BERDUA & family tunang. Part ni pun aku dah malu sangat2. Family belah aku siap request baju ikut tema, tiket flight, homestay yg ade swimming pool, makan & transport selama majlis kami yg ditanggung oleh KAMI.

1sen pn taknak keluar duit okay. Padahal family belah tunang aku jahit baju sendiri, makcik pakcik dia siap sponsor barang2 utk dulang hantaran & majlis kami. Aku bengang giler sbb bapak aku siap request buat majlis kat dewan One City sbb sepupu2 aku selalu buat majlis kat sna.

Kos nak buat kat sana RM30k++ okay! Belum masuk duit minyak, homestay & tol utk family belah ayah aku dari kampung. Sepupu2 aku boleh buat majlis kat sana sbb MAK AYAH diorg sponsor, bukan 100% guna duit bakal menantu.

Aku jenis tak suka nak over2 even aku mampu. Utk ape nak berabis duit puaskan hati org lain? Jemputan tu pn nt maybe dlm 10% je org yg aku kenal. Lepas kawen nt byk lg duit nak pakai diknon.

Aku klu boleh nak buat kenduri kecik2 je, balance tu boleh smpan utk beli kelengkapan rumah lepas kawen. Aku kesian tengok tunang aku kerja siang malam. Siang masuk office, mlm buat part time keje lain. kdg2 smpai sabtu ahad pn dia keje.

Dia siap ckp kat aku klu duit kawen tak cukup, dia nak buat l0an. Aku memang 100% tak setuju! Aku keje kt bank aku tahulah ape effect berhutang tu dlm jangka masa panjang.

Actually duit kawen mmg lebih dari cukup, cuma disebabkan byk ‘request’ tambahan tu yang membebankan. Ramai je membe ku buat majlis kat dewan grand2, sanding smpai dua tiga kali tapi sebulan dua lepas kawen cari aku sebab nak buat l0an bank.

Aku memang sensitif sgt bab2 hutang ni sbb aku sendiri pn memang elakkan diri dari sebarang komitmen. Kawan office. Haa yg ni pun buat aku serabut jugak. Kang nt tak jemput tuduh aku kawen senyap2 pulak.

Kwn2 kat bank aku majoriti dah tua2 & dah kahwin. Yg umo 20-an ade 3org je termasuk aku. Pasal majlis aku diorg sebok nak tentukan, doorgift nak bgi ape, yelah nt bgi doorgift murah2 cakap buat malu je sbb aku keje bank kan, kene lah tunjuk duit banyak. Hahhaa!

Ckp pakai air liur memang sedap lah sis, klu bgi doorgift sebiji tu dah rm4, cuba kira klu beli 1000biji. Aku memang xleh nak brain, lainlah klu aku ni retis dpt sponsor sana sini.

Kalau buat majlis kat kampung boleh lah save kos sikit, ni buat kat KL/Selangor ni upah tukang mekap utk nikah sahaja dah RM700, belum lagi inai & photographer HAHAHHA.

Ade kakk sorang tu suruh aku minta tunang belikan brg2 hantaran brand luar negara, satu handbag pun dah 5k. Aku dengar pun dah rse mual sbb aku xbiasa nak demand2 dekat lelaki ni, sbb dia sndiri pn xpenah kisah bnde ape yg aku beli kat dia.

Aku just tnye nak kaler ape design ape, hrga n brand tu utk nak menunjuk kat org je.Huhu. Membe tunang. Satu bende aku paling mnyampah pasal sesetengah kengkawan dia ni, suka sgt PINJAM DUIT.

Duduk rumah parents, komitmen kereta ape takde, keje gaji lagi besar dari tunang aku tapi tiap hujung bulan mesti kering. Gaji 3k bujang lgi ape bende yg tak cukup? Tapi ubah suai motor, beli ekzoz tukar ape bnde smua tu boleh pulak, hujung bulan menyusahkan orang.

Tunang aku ni pulak selalu bagi senyap2, aku dpt tahu pn klu time aku cek fon dia. Cuba lah tlg faham org lain pun ade kepentingan, nak kawen byk kene pkai duit. Aiyoo. Bagi aku org selalu kering ni memang salah diri sendiri, tak reti nak manage duit.

Even gaji 10k pn klu reti nak menyimpan, tetap jugak akan kering & byk hutang. So lepas semua bende2 mcmni jadi, aku snyap je malas nak respon. Aku ikut je flow. Dan selepas perbincangan aku dengan family tunang, aku decide nak buat majlis kecik2 je.

Aku tak jemput ramai, sbb aku dah kecik hati gla2 dgan orang2 kat sekeliling ni. Parents aku time majlis adik beradik aku yg lain boleh pulak sponsor half2 utk majlis diorg, tapi time majlis aku semua org buat tak tahu.

Kdg2 aku rse ke sbb aku anak prempuan? Yelah time abg2 aku kawen bini pn nak mintak berbelas ribu, so utk mjlis memang diorg kene keluar duit jugakla. So aku dah ckp siap2 kt diorg kiteorg buat mjlis ikut kemampuan je, mne2 adik beradik aku yg tanak dtg lantak diorg lah.

Aku dah penat nak fkir psal org lain.Maaflah klu confession ni panjang, aku cuma nak cri tempat utk meluah. Sbb aku ade tengok iklan kt TV3, dia bgtahu klu str3ss kene cari tempt utk meluahkan HAHAHA. Aku punya tahap stress ni smpai berat badan aku susut gla, cincin tunang aku pun dah muat kat ibu jari HAHAHHA!

Utk family aku, aku tak pernah nk blakangkan sape2, tapi aku sedih sbb semua taknak bagi kerjasama. Bagi aku urus & fikir semua benda, nasib baik tunang byk support aku.

Psal majlis aku, alhamdulillah 90% dah siap, slow2 ade je pihak yg dtg sponsor. Thanks to parents tunang yg bykk sgt tolong kami utk buat persiapan. Psal mekap tu jgn risau aku x amik pn yg mahal2, even kahwin sekali je seumur hidup tpi aku rse dlm keadaan ekonomi sekarang ni byk bende lagi yg nak pakai duit.

Haritu aku just try minta qoutation hrga mekap, photographer & inai kat area sni, tak sangka pulak harga smpai mcmtu HAHAHA. So photographer tu kiteorg just amik yg buat shoot & burn shj, kos bwah rm1k.

inai klu panggil henna girl dtg kos dia dlm rm250, so aku just walk in shj nt yg mne dpt rm70 shj both hand, n mekap tu aku just amik Mua biase2 je yg mne boleh bg hrga dlm rm500 utk both majlis nanti.

So dari situ tu kiteorg dah boleh cut cost dan pakai duit tu utk pergi spa, facial, salon & buat dental treatemnt sebelum majlis. Akhir sekali, korang smua tolong doakan majlis aku berjalan lancar ye?

Aku & tunang dah usaha sebaik mungkin utk puaskan hati semua pihak, cuma mohon fham je keadaan kami. Dan aku nak igtkan kat kawan2 sekalian, biarlah bergaya ikut pda kemampuan masing2.

Buatlah simpanan sendiri, cari tempat yg susah nak kluarkan duit simpanan tu contohnya ASB/Tabung Haji. Jgn smpan kat dlm kad ATM lak, nt kang g shopping wave tak igt dunia HAHAHA.

Buat mse sekarang aku & tunang tengah survey2 nak beli rumah, rumah kecik2 je pon jadilah sbb aku memang niat nak ade rumah sendiri sebelum capai umur 30tahun, amin.

Aku doakan semua yg membaca ni agar sentiasa berada dibawah lindungan Allah SWT. Kalau ade mase nanti aku share cara nak buat bisnes part time, & tips yg aku guna dgn tunang untuk jimatkan kos majlis kawen. Wasalam.