Bila suami saya dh boleh balik rumah, suami saya pluk saya sambil menangis dan mengaku segala perbuatan dia dibelakang saya. Masa tu saya hanya senyum

Assalam semua pembaca. Mohon hide profile saya yaa. Saya sekadar nak berkongsi pengalaman. Saya dan suami sudah berumah tangga untuk beberapa tahun dan alhamdulillah kami dikurniakan seorang anak yang sangqt baik. Dari awal perkahwinan saya tak pernah check hp suami saya sebab level kepercayaan saya pada dia sangat la tnggi

Sampi la 1 masa tu instinct saya kata suami saya ada perempuan lain belakang saya. Untuk tempoh beberapa bulan saya bg hint kat dia tp dia tetap tak mengaku.

Tapi hati saya memang kuat kata dia ada perempuan lain kat belakang saya dan menguatkan lagi instinct saya bila suami saya tak bagi langsung saya pegang hp dia dan dia off notifications dia.

Nak dijadikan cerita 1 day suami saya kemlangan jalan raya dan keadaan suami sangat kr1tikal tak sedarkan diri. Saya bergegas ke hspital dan uruskan hal suami saya tu.

Saya belek2 la beg galas yang dia selalu guna tu. Saya tengok dalam beg dia penuh dengan surat2 cinta, nota2 cinta dia dengan gf dia dan beg yang dia selalu guna tu rupa nya gf dia yang belikan.

Allahu. Hncur luluh hati saya masa tu tp saya kuatkan hati saya dan saya taknk fikirkan hal tu sebab keselamatan suami saya yang penting.

Suami saya k0ma selepas oper4tion sebab head injvry dia agak terok. Pada ketika itu hati saya tak tenang sebab risaukan suami saya dan terfikir2 tentang skndal suami saya tu.

Saya tak boleh nak buka telefon suami saya sebab suami saya dah tukar password. Lepas tu saya tergerak hati untuk call no suami saya guna hp saya dan bila saya tgk rupa nya suami saya takde safe no saya. Naik no je…

Selalu suami saya save nama saya, CINTAKU. Allah, hncur lebur hati saya ketika itu.. Menangis saya.

Masa ni suami saya dah seminggu lebih k0ma tak sedarkan diri until 1day doktor call saya nak jmpa.. Saya jmpa doktor dan dktor benarkan saya jmpa suami saya (musim c0vid pelawat tak dibenarkan masuk melawat pesaakit dan ketika ni hati saya benar2 kecewa dengan suami tp risaukan keadaan dia).

Dktor ckp keadaan dia masih sama dan tak ada apa2 respond positive dari suami… Dktor benarkan saya jmpa dia dan bercakap dengan dia mana tau boleh bantu dia sedar.

Pada masa tu saya takde apa nk ckp pada dia kerana saya btol2 kecewa dengan dia. Dktor terkejut dan dktor benarkan saya balik.

Saya balik rumah dan cuba pujuk hati saya utk terima dan maafkan segala perbuatan suami saya kerana keadaan dia sekarang ni 50/50. Mlm tu saya tak tdo.

Saya solat sunat, mengaji dan baca yassin dan minta pertolongan dari Allah. Lps tu saya tertido di sejadah. Saya tak ada mimpi apa pon masa tertido tu tp hati saya tenang dan redha dengan semua yang berlaku.

Saya tak putus2 doakan suami saya. Pagi tu saya call dktor minta izin dktor utk jmpa suami saya dan bercakap dengan dia kerana smlm saya tak bercakap dengan dia.

Dktor izinkan tp hanya 10 min sahaja. Saya msok, saya bisik di telinga kanan dia. Saya ckp, hon (a.k.a HONEY), ayang tau apa yang honey buat buat belakang ayang..

Takpe hon, ayang maafkan hon dan redha segala nya. Ayang pon minta maaf ats segala kesalahan ayang pada hon. Hon bangun ya. Anak kita tunggu ni. Family semua tunggu hon bangun.

Hon kena bangun tau. TAK apa, ayang tak marah. Ayang dah redha. Saya pegang usap bahu suami saya sebab suami saya suka kalau saya buat macam tu pada dia.

Saya keluar terus balik. Balik dengan hati yang betol2 tenang.. Keesokan pagi, saya call w4d suami saya (saya memang hari2 call sebab nak tau perkembangan suami) dan alhamdulillah nurse yang jaga suami saya cakap suami saya dah sedar. Allahu akbar. Masa tu saya happy tak tau nak ckp mcm mana.

Saya masih tak dibenarkan pergi tgk suami tp doktor kata suami saya akan terus dipantau dan kalau suami saya makin sihat, suami saya akn dipindahkan ke w4d biasa.

Alhandulillah suami saya semakin sihat dan dipindahkan ke w4d biasa… Saya pulak teros cuti (sebab saya bekerja) dan fully jaga suami saya.

Bila suami saya dh boleh balik rumah, lepas kami solat, suami saya pluk saya sambil menangis dan mengaku segala perbuatan dia dibelakang saya.

Masa tu saya hanya senyum dan maafkan dia dan alhamdulillah suami saya sekarang ni dah 100% sihat dan hp dia tak ada password dan dia tak ada rahsia apa2 dari saya.

Hopefully suami saya betol2 berubah. Saya berserah segalanya pada Allah..
(P/S: MAAF CERITA PANJANG SGT. SEKADAR NAK BERKONGSI.. kepada PEMBACA2, TUAN/PUAN BOLEH BUAT KESIMPULAN SENDIRI DARI CERITA SAYA NI)

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Salam perkenalan semua nama ku Rara. Sebelum ini aku seorang yang ada kerjaya tapi ditakdirkan aku mengandung setelah beberapa tahun berkahwin lalu suami arahkan untuk berhenti kerja demi kebaikan aku dan anak yang dikandungkan.

Suami ku bekerja di sektor oil & gas disebuah syarikat agak terkenal juga. Aku dan suami jalani kehidupan seperti pas4ngan lain sehinggalah anak kami pun sudah besar hampir masuk 1 tahun umurnya.

Ditakdirkan masa musim pkp ini suami diberhentikan kerja (juga akibat perbuatan aniaya di tempat kerja suamiku).

Aku selalu doa agar suamiku sentiasa dimurahkan rezeki dan selang beberapa bulan suamiku dapat kerja di tempat lain (bukan bidang oil & gas) dan gajinya amat sikit berganda ganda berbeza dari sebelum ini.

Aku tau suami pun tertekan dengan keadaan sekarang tetapi dia tak pernah culas tanggungjawab terhadap aku dan anak kami, walaupun sedikit duit belanja untuk aku tetap dia akan beri walaupun aku tidak pernah minta.

Ada satu masalah ialah dengan keluarga sebelah suami aku iaitu adik beradik dia, tetap suka mengambil kesempatan atas kebaikan suami. Mereka ada enam beradik semuanya yang tinggal berhampiran rumah mertua ku di perak.

Bapa mertua ku sudah berumur 75 tahun dan ada beberapa peny4kit yang membuatkan beliau terpaksa ulang alik dari Perak ke Kuala Lumpur.

Husband aku terpaksa balik boleh dikatakan setiap minggu untuk bawa bapa mertua check-up di sebuah hspital di Kuala Lumpur kerana kakak-kakak pada suamiku seringkali beri alasan sibuk, berkerja, tidak mempunyai kenderaan dan tidak tahu selok belok jalan di Kuala Lumpur.

Dengan keadaan suami yang bekerja tidak tentu(ada kerja ada gaji) kalau bawa bapa mertua berulang dari KL-Perak Perak-Kl suami terpaksa ambil cuti. Sudah tentu duit tol dan minyak suami yang keluar.

Bab tu aku tak kisah memang tanggungjawab suamiku sebagaii anak untuk berkorban, tapi yang aku kisah kenapa kakak-kakak dia lepas tangan macam tu saja,

Sedangkan mereka tahu keadaan suamiku sekarang dengan tiada kerja makan gaji yang tetap, duit belanja pun hanya cukup-cukup untuk family kecil kami.

Aku sampai pernah bergduh besar dengan suami pasal hal ini, aku jadi skit hati kerana kakak suami semuanya ibarat ambil kesempatan dan lepas tangan berkenaan urusan ayah mereka sendiri langsung tiada sepakat untuk bawa bapa mertuaku ulang alik dari perak ke kl.

Kakak ipar mula hasut suami kata aku macam macam, ye betul aku memang meluat dengan salah seorang kakak iparku kerana mulut sangat puaka dan lantang bila berkata kata.

Dia ingat aku takut cumanya aku malas nak layan perangai kampung dia jenis suka menjaja cerita dan update status di media sosial. Lalu aku block semua kakak-kakak iparku dan baru tenang hidup aku jauh dari mereka.

Hubungan aku dan suami pun mula hambar disebabkan kami pernah bergduh besar pasal hal berkenaan,

Aku sikit pun tak pernah larang suami buat baik pada keluarga dia lagi lagi bapa dia, aku sendiri pernah cakap macam tu, malah selalu ingatkan suami pasal tanggungjawab suami & tanggungjawab anak terhadap ibubapa

Baru-baru ini aku dapat tahu suami aku kantoi cvrang berwasap wasap dengan perempuan lain siap bersayang sayang lagi ya. Perasaan aku hncur remuk macam ditikam tikam hati ni. Apa salah dan dosa aku sampai suami tergamak cvrang di belakang?

Dia tak tau ke aku ni punya setia jaga maruah jaga keluarga jaga anak kami dekat rumah, memasak uruskan rumah suami balik kerja tinggal makan tidur dan melayan anak saja? Dia tak tau ke macam macam dah aku korbankan demi keluarga kecil kami.

Aku taktau lah sejak bila dia cvrang, dah lama atau sejak kami bergduh tempoh hari. Yang penting dia betul2 buat aku kecewa yang teramat sangat,

Aku kesiankan dia kesahkan dia penat asyik ulang alik fikirkan kewangan dia lagi sedap sedap dia cvrang belakang aku? Buruk dan hina sangat ke aku ni? Seronok lah kakak ipar dia kalau tau suamiku ada skandal dengan perempuan lain.

Lillahitaala aku nak berwasap dengan lelaki lain pun rasa berdosa, kalau wasap pun atas urusan kerja kerana aku buat business online sambilan di rumah.

Apa yang perlu aku buat sekarang sebab aku betul betul buntu dan kecewa. Adakah sebab aku pernah suarakan pendapat aku yang buat suami jadi tawar hati dan memilih seseorang untuk hiburkan hati suami aku? Atau dia memang sudah lama cvrang dibelakang aku?

Aku bukanlah buruk sangat atau isteri yang tak pandai bergaya walaupun di rumah di depan suami. Tapi apa salah aku sampai suami sanggup dan tergamak khianat rumah tangga kami yang dah dibina lebih 6 tahun.

Maaf andai kisah aku ni agak serabut sebab aku terlalu sedih sampai menggigil tangan type confession ni… aku perluukan kekuatan. Suami ajak berbincang semula walaupun dia ada kata dia masih sayangkan aku.

Suami tiada dengan aku sekarang kerana bawa bapa mertua check up macam biasa, aku terkial kial jaga anak seorang diri dekat rumah. Suami selalu akan balik ke kampung beberapa hari uruskan hal bapa mertua aku. Helppp, aku betul2 sedih dan rasa down sangat…