Masing-masing berlumba-lumba share quote2 berkaitan ganjaran menjaga mak. Tapi, realiti tak de sorang pun buat apa yang diorang baca tu. Hip0krit much

Assalam semua pembaca. Sebelum itu terima kasih min kerana sudi siarkan cerita saya. Maaf kalau panjang sangat. Saya harap semua baca sampai habis, untuk pengajaran semua. Saya anak sulung. Mak ayah masih ada. Suami anak bongsu daripada 8 adik-beradik. Semua pun dah kahwin. Lepas berkahwin saya tinggal dengan emak mertua. Bapa mertua dah lama mngal, saya tak sempat kenal pun.

Saya tak kisah tinggal dengan emak mertua sebab suami pernah cakap dia nak jaga mak dia sampai akhir hayat mak dia. Mak mertua saya dah umur 65 tahun. Dah tak larat sangat pun. Saya tak kisah penuhi hasrat suami untuk sama-sama jaga mak mertua.

Tapi, yang buat saya terkilan adalah sikap adik-beradik suami. Semua dah berkeluarga dan ada yang dah bercucu pun. Tapi, diorang tak peduli kat mak diorang ni.

Boleh bayangkan tak, adik-beradik suami semua tinggal dekat2 dengan rumah mak mertua saya. Jarak paling jauh adalah rumah anak yang sulung – 10km dari rumah mak mertua. ‘Jauh sangat’ kan? Yang paling dekat, sebelah rumah je. In fact, bukan sebelah rumah pun, tapi rumah yang sama, cuma ada 2 pintu.

Tapi, sepanjang bulan puasa ni, tak de sorang pun sudi balik berbuka puasa dengan mak diorang ni. Sahur lagilah tak ada. Kakak ipar yang duduk sebelah rumah ni pun, tak pernah berbuka dengan mak mertua saya ni.

Saya pernah tanya suami, kenapa tak ajak kakak ipar yang sebelah rumah ni berbuka dengan mak. Dia cakap malas nak tanya nanti bermasam muka. Aik? ajak berbuka makan sama-sama pun boleh masam muka ke? Pelik sungguh.

Tapi, kalau baca kat whatsapp group kemain sorang-sorang. Share pasal quote ustaz betapa pentingnya doa seorang ibu lah, kewajipan menjaga kebajikan ibu lah, cara bahagiakan ibu lah.

Masing-masing berlumba-lumba share quote2 berkaitan ganjaran menjaga mak. Tapi, realiti tak de sorang pun buat apa yang diorang baca tu. Hip0krit much

Saya dah suami dah 7 tahun berkahwin. So, perangai adik-beradik diorang ni saya dah nampak jelas. Ada anak yang hidup mewah. Tapi, bila time raya, takde pun nak bawak mak beraya sama.

Semua kat rumah masing2. Tinggallah mak mertua tu dengan saya dan suami tunggu anak2 yang lain ni datang. Datang ye, bukan balik. Ada beza datang dan balik.

Kalau balik at least tido la umah mak tu. Ini datang dalam sejam dua, air pun berhidang macam tetamu. Lepas tu pakat2 balik semua orang.

Masuk ni, dah 7 tahun jugak saya tak beraya dengan mak ayah saya. Raya pertama je kat rumah mertua. Every year without fail. Awal2 saya tak kisah.

Tapi, dah masuk tahun ke 7 ni, saya dah mula rasa meluat. Mak ayah saya hidup lagi. Saya anak sulung. Tanggungjawab kat mak ayah, saya tak dapat jalankan dengan baik sebab sibuk fikirkan hal mertua.

Tahun ni, saya cakap kat suami, saya nak hari raya pertama kat rumah parents saya. Boleh agak tak apa yang jadi? Of course kami bergaaduh. Suami tak nak sebab alasan dia nanti mak dia tinggal sorang.

Ehhh adik-beradik tu semua ada sekeliling rumah mak je. Apa salahnya ‘serahkan’ kejap tanggungjawab jaga mak tu sehari dua masa raya ni.

Mak mentua saya pun bukanlah tak boleh berjalan langsung. Masih gagah lagi cuma gagah orang tua la. Bukanlah yang kena kawal 24 jam, makan bersuap pun. Itupun tak de anak2 yang nak amik mak ni.

Boleh bayang kalau mak ni dah terlantar tak boleh gerak? Lagilah tak da yang nak jaga.

Saya bekerja dan gaji saya lebih besar dari gaji suami. Setiap bulan, saya yang keluarkan belanja lauk. Saya siap bagi duit poket lagi kat mak mertua.

Kat mak ayah saya sendiri, duit yang saya bagi tu la duit lauk, tu la duit yang diorang nak guna buat bayar benda2 lain. Sedih kan?

Saya dah bosan. Saya letih, penat, meluat, menyampah dan macam2 lagi perasaan bercampur baur. Pernah terfikir nak berpisah dengan suami supaya saya dapat berbakti sepenuhnya pada mak ayah saya. Tapi, entahlah.

Nasihat saya, jagalah mak korang baik2. Mak hidup lagi la kena hargai. Hargai mak tu bukan dengan cara berdoa kat whatsapp tapi, buat dengan perbuatan.

Saya ni menantu dalam keluarga ni. Nak tegur kang, jadi lain pulak. Tolonglah doakan saya dapat berbakti kat mak ayah saya ye.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan menyedihkan, baca perkongsian di bawah

Selalunya kita akan dengar kisah anak derhaka. Dosa besar jika kita buat mak sedih hingga jatuhkan air matanya. Tapi tak semua orang bertuah punya mak yang baik, yang akan selalu mendoakan kebahagiaan anak-anaknya.

Jika orang tengok keluarga kami pada dasarnya, semuanya indah. Aku tetap bersyukur lahir dalam keluarga ini. Ada abah dan mak yang bertanggungjawab, yang bela dan sediakan keperluan kami secukupnya.

Abah aku seorang kakitangan kerajaan manakala mak jual nasi lemak bagi membantu abah. Aku pula anak ke3 dari 4 orang adik beradik.

Kami berempat membesar dengan pendidikan yang sempurna, mendapat pekerjaan dan sudah berkahwin. Abah mngal semasa umurku 23tahun.

Dari kecil memang dah cukup masak dengan sikap mak. Seorang yang tegas, garang dan tidak ada seorang pon yang boleh tegur kesilapan dia. Selalu juga gduh dengan jiran-jiran.

Puncanya suka bawa mulut cerita orang. Namun masa kecil, tak ambil pusing sangat hal-hal orang tua.

Dari kecil mak suka bandingkan anak-anak. Anak yang pandai, mak akan cakap anak mak. Yang kurang pandai macam aku selalu jadi anak abah.

Mak paling sayang kakak sebab masa kecil kakak pandai dan comel. Aku yang agak gempal ni selalu saja makan hati.

Mak pula seorang yang suka bercakap tanpa pedulikan hati sesiapa. Dan mak juga tidak suka komunikasi dua hala. Maksudnya, mak takkan mahu ambil tahu apa perasaan kita. Yang mak selalu pesan, anak-anak kena jaga hati mak sebab mak yang lahirkan anak.

Setelah kem4tian abah, mak jaga anak-anak aku dan berhenti jual nasi lemak. Sikap mak yang kurang enak sebelum ni aku tak ambil pusing sangat sebab masih ada sikap mak yang baik.

Selama jaga anak-anak aku, semuanya terurus dari segi makan dan pakai macam kami kecil-kecil juga. Cuma dari segi emosi, memang stress sebab mak bandingkan pula dengan anak-anak kakak aku.

Katanya anak aku tak comel la. Tak pandai la. Macam-macam lagi la. Kadang-kadang suami pon naik geram dengan apa yang mak cakap.

Rezeki aku dan suami, dapat naik pangkat setelah anak ke 3. Allah buka pintu rezeki dan kedudukan kewangan kami lebih baik dari kakak. Mak tak puas hati bila tengok aku lagi senang dari kakak.

Suami aku pula lebih rajin dan penyayang dari suami kakak. Mak suka benar bandingkan kami. Bagaimanapun, aku dan kakak tak pernah ada masalah. Tak pula kami irihati sesama kami.

Satu hari mak jatuh saakit (lumpuh). Kami ber4 bergilir-gilir jaga mak. Menantu pon, alhamdulillah semua ikhlas jaga mak.

Tapi, sikap mak maakin menjadi-jadi. Mak macam langsung tak redho dengan saakit yang menimpanya. Macam-macam yang kami kena hadap masa jaga mak. Asyik meng4muk, semua tak kena dimatanya.

Sampai dia salahkan Tuhan sebab bagi dia lumpuh. Hari-hari nak bvnvh diri. Nauzubillah. Bukannya tak pandai agama, tapi entahlah mungkin tertekan masa tu. Aku dan kakak yang banyak jaga mak masa saakit.

Bila mak dah mula boleh jalan, kami ingat mak akan berubah. Namun mak tetap sama. Suka bercakap yang kurang enak dengan anak menantu, dengan jiran dan dengan siapa saja. Bila cakap hanya dia saja yang betul.

Mak juga suka bangga dengan duit yang dia ada. Amat ketara selepas s4kit. Padahal duit yang ada adalah dari pencen abah.

Segala harta yang abah tinggal semuanya kami pindah ke nama mak. Kalau tak, bising dibuatnya. Cuma duit insurans abah saja mak bagi kami.

Sekarang ni mak selalu fikir kami anak-anak tak sayang dia. Mak set dalam fikiran dia, anak-anak tak mahu bela dia sebab dia s4kit. Dia buat pula macam dalam drama-drama anak derhaka.

Mak tinggal sorang dirumahnya. Bila kami ajak tinggal dengan kami, dia taknak. Bila bawa makanan dia taknak makan. Sangat cerewet, sudahla taknak makan, complaint pula macam-macam. Semuanya tak kena.

Lepas tu cerita pula pada jiran-jiran yang kami tak ambil kisah hal dia. Mak lansung tak pernah hargai apa yang anak-anak buat untuknya. Terima kasih jauh sekali.

Namun sampai saat ini, anak-anak semua masih sayangkan mak. Katalah apapun, kami tetap balik jenguk mak. Call je minta apapun, kami tetap akan usahakan. Maaki lah apapun, kami tetap sayang mak.

Sehingga kini mak masih macam tu. Tersilap cakap, sentap dan mula doa yang tak elok untuk kami.

Buat para ibu yang membaca coretan ini, janganla status ibu itu buat kita jauh dari anak-anak. Hormatlah perasaan anak-anak, hargailah mereka. Selagi anak-anak hidup berlandaskan agama maka bersyukurlah.

Terimalah teguran dari sesiapapun kerana selagi ada yang tegur, maka kita dapat betulkan apa yang salah pada diri kita. Sentiasalah doa yang terbaik buat anak-anak kita. Jika kita mahu disayangi maka kita perlu menyayangi semua orang.