Cikgu dimarah kerana anak tak pandai . Cikgu ke yang salah

Assalamualaikum. Aku harap confession aku ni dpt disiarkan, untuk beri pengajaran dan peringatan kepada ibu bapa dan bakal ibu bapa.

Nama aku Dya, seorang graduan lepasan diploma yg bekerja sebagai guru di sebuah sekolah swasta.

Aku terpanggil nak buat confession ni lepas satu demi satu benda yang parents one of my student cakap pada aku.

Aku rasa dah sampai tahap dimana aku perlu luah apa yang aku rasa selama ni. Cikgu ke yang salah? Tajuk yg mengingatkan kita tentang kes viral baru2 ni.

Kes dimana ibu bapa marah kerana anak2 didenda duduk di jalan tar atas sebab lambat ke sekolah. Tapi itu bukanlah kisah aku. Cerita aku lain sedikit tapi masih berkaitan tajuk.

Aku pernah dimarah oleh parents, dituduh tak ajar anak mereka tajuk sekian sekian. Walhal aku dah ulang banyak kali tajuk yang sama.

Tak cukup pada tu, mengadu pada pihak atasan. Masatu geram yg amat jadi aku screenshot semua conversation aku kat ws dan bagi pada pihak atasan.

Berkali kali aku minta maaf jika benar salah aku. Alhamdulillah pihak atasan memahami dan tiada dikenakan tindakan.

Apa2 pengumuman yg aku bagi di group ws, ada je yg tak kene. Salah itu lah salah ini lah. Aku sabar.

Dan harini sabar aku di tahap kemuncak apabila parents sekali lagi malukan aku di group ws dengan mengatakan aku tak dengar penjelasan anak dia.

Perkara yg kecil diperbesarkan begitu sekali. Tak perlulah aku beritahu apa kes nya, tapi bagi aku perkara tu boleh settle jika dia ws personal pada aku.

Dan untuk makluman, anak dia kat sekolah sangatlah kurang ajar. Kalau guru2 suruh buat apa2 masa dia tak nak atau takde mood, memang dia takkan buat.

Misalnya suruh belajar, fokus dalam kelas, tapi akhirnya kita yang dijeling. Dia hempas barang, keluar dari kelas ikut suka. Perempuan, sekolah rendah.

Lagi satu, suka putar belit cerita. Reka cerita yang tak betul. Semua yg buruk pada guru. Anak dia baik sangat. Walhal di sekolah adalah sebaliknya.

Bayangkan apa kami para guru rasa? Siapa yang salah? Cikgu kah yang salah? Kalau ikut hati, memang macam2 aku boleh buat pada anak dia.

Tapi sbb sayang anak murid aku sabar selagi boleh. Student pernah letak rumput atas kereta aku. Sepanjang perjalanan semua org pandang aku. Malu sangat masatu. Aku sabar.

Tapi harini aku perlu jelaskan. Ibu bapa zaman kami masih bersekokah dahulu tak macamni. Salah kami di sekolah, salah kami jugaklah di rumah.

Bukan salah kami di sekolah, masih salah kami di rumah. Ibu bapa aku tak pernah datang sekolah, marah cikgu bila aku tak pandai dan tak dapat keputusan cemerlang.

Ibu bapa aku tak pernah call atau mesej cikgu tuduh itu ini. Tapi sekarang, ibu bapa murid2 aku marah aku kerana salah anak mereka sendiri.

Wajarkah?
Cikgu ke yang salah?

Ibu bapa di luar sana, kami para guru tahu apa kami buat. Kami para guru tahu apa anak anda buat.

Tapi tolonglah, aku sebagai guru merayu jangan bebankan kami dengan perkara yang tidak relevan. Cukuplah di sekolah banyak kerja yg kami perlu lakukan.

Ditambah lagi dengan kerenah anak2 anda dan anda juga. Sebagai ibu bapa, jangan manjakan anak2, tolong hormati kami para guru.

Keberkatan ilmu yg kami curahkan akan hilang jika kami tidak dihormati. Bukan kerana kami dendam, tapi kerana kami hanyalah manusia biasa, yang perlu dilayan seperti manusia juga, dihormati sebagai seorang guru.

Tulus ikhlas,
Guru.

– Dya