Parents murid suka salahkan cikgu.Tak boleh silap sikit habis lah parents datang mengaamuk.Cikgu nekad dah taknak ajar sama macam dulu

Assalamualaikum. Terima kasih admin kalau approve confession ni. Confession ni hanyalah sekadar luahan hati untuk legakan kepala. Aku minta maaf awal-awal sebab confession ni panjang.

Nama aku Haryana (bukan nama sebenar). Aku seorang guru sekolah rendah yang baru mengajar 10 tahun.

Sejujurnya jadi guru ni bukan passion aku. Tapi sebab menghormati cita-cita dan kehendak arwah ayah yang nak sangat aku jadi cikgu, siap bernazar, dia yang isikan borang ke IPG, semua dia uruskan A-Z.

Aku turutkan walaupun aku dapat tawaran ke bidang yang aku minta beserta biasiswa JPA. Sebab ni bukan passion aku, jadi aku rasa sangat struggle nak habiskan tahun-tahun aku terutama bila melibatkan praktikal.

Menangis tak payah cakaplah. Dah masuk, dah sign, dah tak boleh patah balik.

Masuk posting, aku mengajar di sekolah yang ada nama juga. Jadi double stress. Semua orang kerja perfect.

Mengajar perfect. Jadi aku struggle lagi sekali. Masuk tahun ke-2 aku dah rasa macam boleh terima dan pasrah.

Walaupun stress tapi aku still rasa okay. Aku akui aku seorang yang garang. Masuk kelas aku direct terus mengajar.

Sebab pengalaman aku, murid aku kalau aku senyum dia akan mula ambil kesempatan. Jadi aku buat macam biasa je.

Semua nya bermula 3 tahun lepas. Bila virus parents blame cikgu ni masuk ke dunia pendidikan termasuk masuk ke sekolah aku.

Aku dah mula jadi stress dan benci kerjaya aku sendiri yang selama ni memang aku paksa diri aku bekerja hari-hari.

Tak boleh silap sikit habis lah parents datang mengamuk, viralkan di media sosial, report polis dan sebagainya.

Aku pernah kena. Dan rakan-rakan guru sekolah aku pun pernah kena. Lama-lama semua cikgu dah taknak ajar sama macam dulu. Tak bawak buku? Lantak.

Tak nak menulis? Lantak. Taknak buat kerja? Lantak. Taknak dengar? Lantak. Taknak bawak barang aktiviti? Lantak. Tapi dalam sabar-sabar cikgu-cikgu ni pun, ada yang meletup jugak.

Dan setiap kali ada cikgu yang meletup, setiap kali tu jugak akan ada kes parents datang. Katanya cikgu2 tak ada hak. Sambil parents mengamuk, sambil anak nya menyampuk menyimbah minyak.

Berulang lah begitu. Agaknya kena malaikat yang mengajar baru parents puas hati.

Dan dalam tempoh 3 tahun tu, dalam tak sedar aku kena depression dan anxiety. Dan ianya bermula dengan depression.

Mula-mula aku tak sedar. Tak perasan pun. Aku rasa benda tu biasa. Mood aku naik turun. Aku rasa biasa. Aku hanya sedar bila aku kena panic attack.

Masa kena tu aku ingat aku dah nak mati. Aku terasa macam ni ke orang bila kena serangan jantung. Aku taknak ke hospital. Sebab aku takut.

Suami aku datang ambil aku, dan aku minta untuk balik rehat. Petang bila aku rasa dah ok, aku ke poliklinik yang ada rawatan ECG. Semua normal. Check lain semua normal. Doktor bagi aku mc untuk rehat.

Esok hari tu aku kena lagi sekali panic attack. Doktor nasihatkan aku ke hospital. Dia kata maybe aku stress.

Jadi dia pesan aku ke psikitris. Aku ke klinik psikitris swasta. Dan betul. Aku ada depression.

Aku menangis takut sebab aku taknak sampai kena admit wad. Tapi doktor tu cuma pesan beberapa perkara. Tak memerlukan sampai ke situ.

Beberapa bulan lepas tu aku rasa diri aku lain macam. Susah tidur. Aku rasa kalau aku tidur aku takkan bangun. Aku rasa bila ada apa-apa berlaku, itu sebab dosa aku jadi Tuhan tak sayang. Aku rasa gelisah, takut.

Suka menyendiri. Ada masa aku tak boleh dengar suara anak-anak aku, aku rasa benci. Lagi benci bila pergi kerja dengar suara budak-budak sekolah rendah.

Kalau aku terlupa baca doa makan pun aku akan risau yang teramat, aku akan rasa lepas ni mesti ada benda tak elok jadi sebab aku lupa baca doa, lepas ni mesti itu lepas ni mesti ini.

Dan aku akan rasa tak secure, Tuhan tak sayang, macam-macam malapetaka akan datang etc.

Kebetulan follow up dengan doktor. Aku ni susah nak bercerita. Jadi susah juga doktor nak korek cerita aku. Tapi dengar sikit je doktor dah tau aku mula kena anxiety.

Setiap kali ke klinik, aku datang sorang. Suami tak pernah tau. Sebab aku tak rasa suami aku akan terima dan support aku.

Dengan bantuan doktor, bantuan ubat, bantuan diri aku sendiri, aku bjaya control anxiety aku walaupun Allah lah tahu macam mana aku struggle untuk semua ni.

Dan kisah aku baru bermula disini. Bulan lepas aku meletup di sekolah. Kesabaran aku hilang bila satu kelas tak buat kerja yang aku tinggalkan selama 3 minggu.

Aku kursus 3 minggu. Aku cuma minta murid sambung kerja yang dah dibincang dalam kelas, siapkan bila aku habis kursus.

Malangnya seorang aje yang siapkan. Yang lain mungkin selama ini mereka melihat dan observe, “cikgu si polan tu tak buat kerja pun” aku hanya jawab, “yang penting awak buat, yang belajar yang awak. yang rugi dia” dan akhirnya semua tak buat kerja aku.

Aku meletup. Tapi aku suruh buat siapkan dalam kelas aku. Dua hari. Campur weekend dua hari. Dan akhirnya tak siap jugak.

Selama ni aku memang ada ‘pejam mata’ terhadap beberapa orang murid. Sebab mereka dalam list kami gelar anak putera raja. Jangan di usik.

Jadi dah lama aku buat tak kisah. Tapi bila kalini aku meletus, semua lah kena amukan aku.

Termasuk lah anak-anak putera raja tu. Dan seperti di duga, parents seorang murid datang mengamuk dan buat report. Ugut nak viralkan.

Aku akui aku ada cubit anak dia. Tapi tak adalah sampai lebam. Tapi ada kesan merah. Bila aku explain tak cukup sabar dan btolak ansur ke aku selama ni yang anak nya tak pernah buat kerja aku.

Jawbnya macam biasa, itu bukan hak cikgu, pandailah dia untuk ajar anak dia. Dan diburuk-burukkan aku pada parents lain.

Dan dendam aku terhadap dunia pendidikan bermula semula. Anxiety aku mula teruk semula. Depression aku mula menyapa. Kebencian aku setiap kali pandang anak-anak murid aku memuncak.

Lagi benci bila terbaca komen komen netizen terhadap guru; itu salah ini salah itu tak kena ini tak kena. Lagi bertambah teruk anxiety aku. Aku mula kurung diri.

Di sekolah aku macam biasa. Tapi balik kerja aku kurung diri aku. Aku tak keluar. Aku rasa tak secure. Aku tak makan.

Aku hanya minum air jika aku rasa perlu. Aku tidur sepanjang hari. Berat badan aku jatuh mendadak.

Aku tak pedulikan anak-anak aku. Aku mula rasa benci tengok anak-anak aku bermain. Aku benci apa sahaja yang buat aku terasa suasana sekolah.

Aku pergi sekolah dah tak mengajar seperti dulu. Aku buat hal aku. Aku dah tak pedulikan murid aku.

Aku mula menyumpah-nyumpah anak murid aku dalam hati setiap kali aku masuk kelas.

Selama ni walaupun aku paksa diri aku jadi seorang guru, aku buat tugas guru dengan sebenar-benarnya.

Sebab ibu aku selalu pesan, gaji yang aku dapat tu pastikan berkat sebab aku akan guna gaji tu untuk makan minum aku dan keluarga. Tapi kalini aku dah benci nak fikir hal tu.

Mesti ramai yang akan mencemuh aku. Dah tau tak suka jadi cikgu, kenapa tak berhenti je? Ramai lagi nak jadi cikgu. Aku dah lama nak berhenti.

Aku menangis depan suami nak berhenti. Tapi komitmen kami, anak2 dan loan rumah buat aku fikir banyak kali. Loan rumah aku buat guna loan kerajaan. Agreement untuk berkhidmat aku kena akur.

Selama ni aku elak diri aku untuk fikir kebencian aku terhadap kerjaya aku. Sebab aku taknak secara tak langsung aku heret sama arwah ayah aku menanggung perkara ni. Dia dah tiada.

Biarlah dia kekal sebagai ayah yang baik di ingatan aku. Tapi sebulan ni aku dah tak boleh elak kan lagi fikir hal tu. Aku memang menyalahkan keluarga aku.

Kenapa nak sangat aku buat kerja yang aku tak suka? Kenapa aku dapat bidang yang aku suka dulu tak izinkan aku teruskan?

Sedangkan aku dapat tawaran biasiswa JPA. Kenapa itu kenapa ini. Semua dalam kepala sarat dengan kebencian dan dendam.

Tiap2 pagi bangun tanya diri aku kenapa aku hidup lagi. Kenapa aku tak mati. Rasa nak bnuh diri.

Suami aku hanya biarkan ruang untuk aku sebab dia cuma anggap aku tengah down. Aku tak ceritakan apa yang berlaku. Aku hanya simpan sendiri.

Aku rasa marah bila aku yang komited dengan tanggungjawab kerjaya aku, kena tindakan sebegini. Sedangkan rakan-rakan guru yang lain yang mula buat tak peduli, ada yang masuk dah mula tak mengajar, ada yang masuk hanya suruh murid menyalin, ada yang sambil lewa tapi langsung tak pernah kena apa-apa tindakan.

Semua dah mula ambil jalan selamat. Adakah aku pun perlu tukar diri aku jadi guru yang macam tu, biarlah murid pijak aku, jual cerita aku asalkan aku selamat? Macam tu ke?

Parents hanya tahu salahkan guru. Tak ada hak itu tak ada hak ini. Tapi, langsung taknak salahkan diri sendiri.

Separuh daripada kesalahan anak kita, adalah datang daripada kita sebagai parents. Guru pun ada emosi. Ada had kesabaran. Ada had toleransi. Ada kesilapan. Ada terlebih ada terkurang.

Aku boleh bertolak ansur dengan guru anak aku, balik ada kesan rotan sebab berlari dalam kelas, buku tertinggal pun aku jawab kesalahan tetap kesalahan. Biar cikgu alert awak daripada cikgu abaikan awak dalam kelas. Tapi itu hanya aku.

Aku berterima kasih pada pentadbir dan rakan-rakan guru yang menyebelahi aku. Tapi aku tetap tak mampu nak buang benci aku. Aku jadi benci diri aku.

Benci kenapa aku jadi guru. Benci datang ke sekolah. Benci dengar suara kanak-kanak. Redha aku setiap kali mengajar dah tak ada. Lagi sakit bila lihat senyuman sinis anak didik yang seolah-olah “apa yang ko boleh buat”.

Sekarang ni aku tengah pasrah tunggu surat tindakan daripada report yang dibuat atas aku. Ibarat hukuman gantung. Dan hari-hari aku rasa nak mti.

Walaupun aku kena macam ni, aku tetapkan doakan jangan aku buat guru anak aku macam ni. Sampai hilang keberkatan hidup anak aku disebabkan sikap aku sebagai ibubapa yang pentingkan diri dan ego.

Tiap-tiap hari aku semak buku anak supaya cikgu tak rasa menyampah tengok muka anak aku dalam kelas sebagaimana aku menyampah dengan apa yang berlaku. Tolong doakan aku semua.

– Haryana (Bukan nama sebenar)