Cikgu cakap aku b0doh. Tersentak aku dengar. Hanya kerana aku pelajar yang kurang bijak di dalam kelas tersebut aku diperlakukan begitu

Hai. Nama aku Dania (bukan nama sebenar laa tapi). Aku nak cerita kisah hidup aku, yang mungkin boleh jadi inspirasi untuk orang lain.

Memandangkan hari ini, genap umur aku 21 tahun, so aku nak cerita kisah hidup aku yang mungkin boleh menjadi inspirasi untuk orang lain.

Aku merupakan anak yang keras kepala dan sering melawan kata ibu bapaku. Bagiku, apa yang aku mahu tidak boleh dihalang dan harus dituruti.

Aku bukanlah seorang pelajar yang bijak tapi ditakdirkan aku mendapat keputusan yang agak memberangsangkan ketika aku PMR. Ayah pula menyuruh aku untuk berpindah ke salah sebuah sekolah menengah agama yang ada di negeri Pahang.

Ayah beria – ria mahu pindahkan aku ke sekolah tersebut, katanya di sana ada aliran sains.

Aku? Tentulah sekeras – kerasnya membantah kata ayah. Tapi, setelah dipujuk oleh kakak sulungku, aku akhirnya mengalah.

Kini bermulalah episod aku sebagai budak asrama di sekolah tersebut yang pada ketika itu aku di tingkatan 4.

Aku memasuki sekolah itu agak lewat sedikit kerana aku menunggu surat dari JAIP. Jadi, agak banyak juga topik subjek aliran sains dan addmath yang aku ketinggalan.

Bulan demi bulan, dan akhirnya aku berada di Tingkatan 5 dan akan mengambil Peperiksaan SPM.

Pada ketika itu, aku baru menghabiskan Peperiksaan Percubaan SPM dan seperti yang dijangka keputusan aku untuk subjek aliran sains dan matematik tambahan sangatlah teruk. F wehh F.

Aku tak pernah salahkan sesiapa, malah aku dah berusaha keras sehinggakan aku hampir menyalahkan Allah kerana tak makbulkan doa aku.

Cuma aku terkilan dek sikap beberapa orang guruku, aku ingat lagi pada ketika itu Guru Kimia aku berkata “dah tahu tak pandai, tak nak belajar, tapi bercakap dalam kelas.
Ingat boleh berjaya ke? Keputusan exam gagal juga.” Zasss aku tersentak kerana pada ketika itu aku berbincang jawapan dengan rakan baik ku.

Fasha (bukan nama sebenar). Aku sedih, sedih sangat apabila aku diperlakukan sebegitu hanya kerana aku pelajar yang kurang bijak di dalam kelas aliran sains tersebut.

Tapi yang paling menyedihkan aku apabila malam tu, aku datang ke bilik cikgu aku untuk meminta maaf kepada beliau. Oh lupa, guru kimia aku tu warden di sekolah tersebut.

Aku terdengar dia berborak dengan guru lain yang juga warden pada ketika itu. Tahu tak dia kata apa? “DANIA tu dah tahu bodoh, tapi orang buat kelas tambahan tadi tak datang.”

Bila aku dengar guru kimia aku cakap macam itu, aku terus naik bilik iron sebab kawan – kawan aku tunggu aku di situ dan menangis wehhh.

Aku menangis macam anak kecil untuk pertama kalinya. HAHAHA Sebab aku ni keras hati. Kemudian, kawan aku pujuk suruh jumpa cikgu aku tu minta maaf dan cerita hal sebenar dekat dia.

Aku pun ketuk pintu, knock knock then dia tanya siapa, sebab dah pukul 12 masa tu. Aku cakaplah “Saya Dania, nak jumpa cikgu kejap.”

Dia keluar then aku minta maaf bagitahu hal sebenar. Tapi aku tak berdendam dengan dia. Parents aku dengan nenek aku sememangnya setiap minggu akan melawat aku sehinggalah habis peperiksaan sebab ayah aku nak ajar aku addmath.

Ayah aku memang hebat addmath sebab dia dulu budak aliran sains juga. Aku mengadu kat ayah aku, kau tahu ayah aku jawab apa?

“Biarkan je cikgu awak tu dik, dia bukan bagi awak duit ke tanggung awak ke sampai awak nak susah hati macam ini?”

Okay. Terubat sikit hati aku. So, minggu peperiksaan pun tamat. Ayah paksa aku ambil STAM.

Aku dapat tawaran di salah sebuah sekolah terkemuka di Pahang dan Johor. Tapi, aku memilih untuk mengambil STAM di Johor supaya aku boleh bersama rakan baikku Syahirah.

dan selepas beberapa bulan, keputusan keluar tapi aku dah boleh agak result SPM aku. Aku dapat 1A5B1C3D1E, D dan E tu tentulah subjek Kimia, Bio, Fiz dan Addmath.

Aku menangis masa ni, salahkan Allah lagi sebab tak makbulkan doa aku. Dan, paling sedih bila aku salahkan ayah sebab ayahlah yang memaksa aku untuk ambil aliran sains.

Padahal ayah tahu, aku memang bercita – cita nak jadi arkitek. Kata ayah lagi, masa depan cerah bila ambil aliran sains dan ada asas agama.

Sepanjang aku dmengambil STAM, aku tak pernah redha dengan apa yang aku buat. Aku selalu langar peraturan, tak solat tahajjud berjemaah dekat Masjid, balik outing lambat dan paling teruk pernah aku buat ‘fly’ dari asrama.

Tapi itulah orang kata bila Allah nak tegur kan? Nama aku naik dan aku dihukum gantung asrama selama seminggu.

Cikgu call ayah suruh ayah datang ambil aku dan nak berbincang hal aku. Ayah? Ayah tak pernah marah aku.

Ayah seorang yang jenis sabar dia tinggi dan dia suka memerhati anak – anak dia. Dan kemudian barulah dia bertindak.

Peperiksaan STAM pun bermula, nak cakap aku tak hafal, aku hafal. Tapi, itulah mungkin sebab aku tak redha bila Allah tempatkan aku belajar di sana.

Masa bulan Januari result STAM punkeluar hasilnya result aku Jayyid je wehh. Aku diam.

Aku kecewa sebab aku tak dapat gembirakan hati ibu ayah aku. Aku salahkan Allah lagi sebab tak makbulkan doa aku, aku bukan minta apa pun, minta nak lulus cemerlang. Tapi, aku lupa. Aku jahil masa itu.

Masuk bulan Februari, aku mendapat tawaran diploma ‘nursing’ dari sebuah Hospital swasta.

Ayah suruh aku masuk, katanya cerah masa depan, keluar terus dapat tawaran pekerjaan.

Tapi, aku dengan sombong dan bongkaknya tolak mentah – mentah tawaran tersebut tanpa membuat istikharah sebab aku yakin permohonan UPU nanti aku mesti dapat universiti yang aku mahu.

Tak lama selepas itu, aku isi permohonan UPU, lapan buah universiti yang aku pilih, UIA, UITM, UKM, USIM yang aku rasakan sesuai dengan kelayakanku.

Tapi setelah 8 bulan menunggu. aku hampa kerana permohonan UPU aku gagal. Aku sedih sangat masa ni, tapi aku tak cerita dekat sesiapa pun, kecuali seorang cikgu yang aku rapat masa mengambil STAM di Johor.

Aku rasakan dia seorang sahaja yang boleh dipercayai ketika itu. Cikgu aku banyak memberikan semangat kepada aku. Aku mula sedar, mungkin ini ujian Allah untuk aku.

Aku selalu lewatkan solat, melawan cakap ibu ayah. Perlahan – lahan aku cari semula kekuatan aku.

Pada November 2016, ayah membuat permohonan UPSI dan UITM untuk aku bagi pengambilan Februari 2017. Aku dipanggil untuk ujian MedSi, aku pergi tapi dengan tiada persiapan apa – apa sebab aku sendiri hampir berputus asa.

Dua bulan selepas itu, aku dipanggil untuk temuduga di UPSI bagi kos Pendidikan Islam. Kali ini, aku membuat persiapan tapi sekadarnya sahaja, belek – belek buku tajwid, tahu nama Menteri Perak, Johor pada ketika itu.

Aku cakap dekat ayah “tak pasti laa ayah, adik boleh dapat ke tak.” Tapi kau tahu ayah jawab apa? “pergi je dik, dapat tak dapat belakang cerita.”

Kini, dah dua tahun aku di UPSI. Benarlah orang kata perancangan Allah itu indah, mungkin aku tak dapat jadi arkitek. Tapi Allah beri aku yang lebih baik dari itu.

Allah tahu bila masa waktu yang sesuai untuk kabulkan doa kita. Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah. Kita takkan nampak hikmah itu.

Sabar dan teruskan berdoa. Pesanan aku buat guru – guru di luar sana, janganlah semudahnya melabel anak murid itu ini. Kita bukan tuhan, nak merencanakan hidup seseorang.

– Lily