Abg ipar blk dri oversea, tumpang rmh sy, dia layan sy baik. Bila “bersama” suami sy tbayang dia

Setiap hari pasti akan ada k3s pencraian antara suami isteri. Perkahwinan adalah penyatuan jiwa dan cinta yang patut kita semai pupuk dengan penuh kasih sayang cinta tetapi berbeza dengan zaman sekarang ramai yang mengangapkan perkahwinan sesuatu yang remeh.

Banyak punca terjadinya pencraian antaranya juga adalah orang ketiga. K3s curng ini akan terjadi apabila kita tidak pandai menghargai pasngan dan dalam kata lain “tawar “.

Ramai yang tidak berusaha memulihkan perasaan ini bahkan mencari jalan pendek dengan ada penganti.

Isu yang di kongsikan di krt turut membuka mata semua wanita di luar sana supaya lebih berhati hati. Tercinta dengan abang ipar sendiri apabila tinggal sekali satu rumah.

Salam admin. saya sudah 9 tahun berumah tangga. namun harini saya diuji bila tersuka abang suami saya yang baru balik dari oversea. dan dia layan saya baik.

Dia tumpang rumah kami sementara sampai bulan 9. kalau suami pergi kerja dia asyik dok borak macam2 dgn saya. dan bila bersama suami. saya terbayangkan abang ipar sendiri.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan dan menyakitkan hati pembaca, baca perkongsian di bawah.

Assalamualaikum min. tolong hide FB saya ye. saya hanya minta pendapat dan pandangan dan sudi lah kiranya admin siarkan dalam page ye. saya baru bernikah dgn suami 6 bln yang lalu, suami melayan saya dengan baik, dalam masa yang sama.

Suami saya sebelum bernikah dengan saya, dia dah ada tunang. Awal perkenalan, suami dah berterus terang bahawa dia dah bertunang dan saya mengambil keputusan tak mau meneruskan hubungan tapi suami kata dia akan bertanggungjawab atas segala urusan saya.

Sebenarnya min saya seorang mualaf, sebelum kenal suami Saya sedang mencari seseorang yg bolih membimbing dan membantu urusan saya mengucap syahadah dalam masa yg sama Saya mencari seseorang yang bolih tempat saya berlindung.

Akhir nya saya bertemu dengan suami.. cerita nya begini min, suami saya seorang pengamal perubatan tradisional, ada satu cuztemer datang berubat dengan suami,

akhirnya menjadi rapat,saya sedar bila wanita ini selalu datang ke pusat rawatan, membawa makanan tak kira malam dan siang..

Saya dah mulai syak yang suami ada hubungan dengan wanita ini (isteri orang) wanita ini licik, dia berwasaap dengan saya dimasa yang sama menjalin hubungan dengan suami.

Pernah satu malam, bila saya sedar dari tidur suami tak ada padahal tadi dah lena di sisi, saya syak suami chat dengan wanita itu, sebab bila saya buka wasaap suami dan wanita itu masing-masing dalam talian,

naluri saya kuat mengatakan mereka sedang berwasaap dikala saya tidur lena, bukan itu saja min, suami masih ligat berhubung dengan tunang.

Malah dari luar jangkaan saya,t unang dia lebih tau segala nya , aktiviti suami (masa tu bulan puasa) bayangkan min masa PKP suami langsung tiada pendapatan tapi Alhamdulillah saya sebagai seorang mualaf ada bantuan dari pihak ZAKAT dan BPN.

BSH sedang kan suami semua itu masuk account bekas isteri. Tpi suami selalu tak menghargai apa yang saya buat, jaga makan minum dan sebagainya.

Saya seolah tak wajud di mata dia sebab dia terlalu asyik bercinta dengan Dua perempuan (tunang/isteri orang) satu hari min,

Allah gerakkan jari saya selepas mengambil wuduk (subuh) saya check telefon suami, maka terbongkarlah segalanya, hncur berderai hati saya.

Berulang kali saya menyebut nama Allah. sungguh Saya tidak menyangka suami yang mendidik saya, mengimamkan sembahyang saya lima waktu,

sanggup mencur4ngi saya dengan sebegitu rupa,dan berdusta pada tunang dia, bahawa tunang dah mengizinkan dia mendahului urusan saya dari dia (tunang).

Satu hari saya marah dengan suami, tanya dia kenapa dia sanggup melakukan Semua itu, saya halau dia min, saya suruh dia tinggal kan saya dan pergi pada perempuan.

perempuan itu,dan serah perniagaan pada saya (company bersama) saya suruh dia mulakan hidup baru dengan tunang dia.

Saya katakan pada nya,saya dah tak ada apa. apa selain perniagaan yang saya kongsi bersama tapi dia tak mau dan rela bersumpah tak akan menghubungi tunang dia lagi.

Sekarang walaupun suami dah bersumpah tak menghubungi keduanya (tunang dah tak mau dia lagi, saya ada berbicara dengan tunang, tanya sama ada dia orang sudah nikah kah belum,

memang suami cakap hanya tunang, saya cakap semua nya mengenai Saya pada tunang dia, tunang dia ok. bertolak ansur dan dengan rela mengundur diri dan mengakui dia pun ada silap nya.)

Tapi min saya sampai kesaat ini tak mempercayai suami lagi, di mata saya dia seorang yang amat licik. pandai bersendiwara.

umpama kucing mengaburi tahi sendiri, dia yang bersalah tapi seolah olah saya yang membuat kesilapan.

Saya sedang mencari keredhaan Allah. dan bila solat saya selalu terganggu bila teringat suami sanggup mencur4ngi saya, bukan satu min. malah dua.

Kesimpulan, sudah pasti setiap pasngan akan melalui pelbagai fasa di dalam rumah tangga. Mengenali untuk serasi bukan sesuatu yang mudah tetapi yakinlah tiada manusia yang sempurna. Semoga kita sentiasa perbaiki diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik.