kakitangan awam yang bermasalah ni memang wujud.Ada yg lebelkan kakitangan kerajaan ni pemalas tapi bukan semua

Salam semua. Tajuk saja pun dah mengundang kecaman kan?

Baca dulu ya, aku pun cuba cuba menulis ni, menyusun ayat untuk meluahkan isi hati.

Aku sendiri pun sebenarnya seorang kakitangan awam, kumpulan pengurusan & profesional. Alhamdulillah dah 7 tahun berkhidmat. Gred apa malas nak sebut, sebab selalu kena kecam di media sosial. hehe. ok cukuplah tu.

Sekadar nak meluahkan, dan aku pun berharap luahan aku ini dapat dijadikan panduan dan iktibar.

Di tempat kerja aku sekarang ni, ada beberapa kakitangan yang bermasalah. Ada yang dari kumpulan pelaksana, ada dari kumpulan sama macam aku.

Aku rasa terkilan dan kecewa, sebab aku tau stigma dan tanggapan masyarakat pada kakitangan awam ni dah sedia buruk.

Kalau masyarakat di luar sana tahu tentang sikap mereka ni, tentu mereka akan bertambah marah lagi.

Aku pun bukan nak buka cerita tak elok, tapi bila kepentingan dan kelancaran gerak kerja organisasi mula terabai, mula la nak jadi stress bila bekerja.

Boss aku sangat ok, seorang yang mudah bertolak ansur dan tak berkira, kami pun seronok dan gembira bekerja dengan dia.

Aku secara peribadi suka sebab kalau hal keluarga atau urusan anak, dia ni memudahkan urusan betul. Kadang tu cuti off record dia bagi (orang kerajaan tahu la betapa payahnya nak dapat off record sebab urusan keluarga ni).

Alhamdulillah “keluarga”di tempat kerja ni semua sepakat, kalau boss dah begini punya baik, kami taknak amik kesempatan.

Kawan aku ada job luar hakiki di luar kawasan pun, sanggup balik drive awal pagi, sampai tempat kami ni terus masuk kerja walhal boss dah bagi cuti hari selepasnya. Alasan dia?

sebab boss dah cukup baik lepaskan dia ke luar kawasan, dia taknak ambil kesempatan.

(ini bukan sebab tempat kerja toxic / overworked ya, kami buat macam ni sebab bersyukur, jadi nak ambil hati boss juga, biar win-win situation)

Tapi ada beberapa orang ni, buat boss aku stress dengan perangai diorang. Ada yang kerap ambil MC atas alasan masalah kesihatan.

Ya faham, kesihatan kena jaga, sakit pergi jumpa Doktor. Tapi kalau dalam seminggu kau tak datang 4 hari, macam mana?

ada pulak yang cuti sakit berpanjangan, sampai pelik macam mana boleh dapat cuti berterusan. (untuk pengetahuan, MC dari Dr di hospital kerajaan ni susah nak dapat berterusan sampai 3 hari, ini ada MC dapat sampai 5 hari).

Alasan tak datang dan mohon MC ni pun satu hal juga, minggu lepas dakwa senggugut, lagi dua minggu ulang lagi skrip senggugut.

Kau siap boleh teka lagi, apa alasan sakit dia nak bagi lagi sampai tak hadir bertugas. Macam macam la sakit, senang kata satu badan semua sakit, berulang ulang balik dari minggu ke minggu.

Dari tak berapa hari yang hadir tu pun, jadi cerita kehadiran lewat pulak. Sepatutnya tempat kerja aku ni masuk awal pagi, ini sampai lepas 2 jam dari cut off time masuk kerja.

Masuk pun tanpa rasa bersalah lambat, siap boleh berborak lagi sambil punch card. Yang kakitangan kumpulan pelaksana pulak ada yang pagi dah masuk lambat, tengah hari keluar makan di luar lepas tu petang terus hilang.

Jarang jarang sekali ada di pejabat waktu petang sampai Boss aku ni dah letih menegur, cara elok ada cara sound direct pun ada. Tapi macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Elok sehari dua, besok lusa buat balik.

Ada beberapa sebab jugak kenapa boss aku susah nak ambil tindakan, antaranya beberapa orang ni mengaku ada masalah depression dan anxiety. Bila dah babit mental health ni, terus jadi jammed.

Nak adu ke orang atasan pun, tak ada siapa nak jadi person in charge untuk mulakan tindakan. Yelah, mungkin takut kena viral, kena saman.

Tapi akhirnya, mangsa ialah semua orang di tempat kerja sekarang la. Beban kerja mereka yang bermasalah ni, kita yang menanggung.

Sejujurnya, aku jadi hairan dan jadi kurang percaya dengan alasan mental health ni dah.

Salah satu sebabnya nampak bukti depan mata orang orang yang abused alasan ni. Kenapa aku berani tuduh macam tu? Sebab mereka ni ada family members yang bekerja dalam bidang kesihatan.

Kami semua ni lama dah tau, tapi apa boleh dibuat? MC tu secara teknikalnya sah, tapi etikanya adakah dikeluarkan kerana betul betul sakit?

(ada cara tak nak siasat orang diagnose anxiety dan depression betul betul ke tak ni, kadang letih dengan alasan ni, dapat dekat orang licik mula la ambil kesempatan macam sekarang)

Kenapa aku dan yang lain berani nak buat tuduhan berat macam ni?

Haa, sebab salah seorang dari yang MC berpanjangan ni, kantoi kami jumpa dalam komputer, itiniary dia nak pergi melancong the whole week di sebuah pulau peranginan terkenal pada tarikh MC berpanjangan tu.

Kami ni bukan siasat dia pun, tapi itulah Allah tu kalau nak tunjuk, mudah saja nak nampak kan. kantoi bodo macam tu saja.

Tahu lama dah ni, tapi kami diamkan saja dulu, sebab boss aku ni pun tengah mengumpul segala bukti dan saksi nak cuba buat laporan.

Ada pulak yang takmau datang petang, mengaku konon badan tak sedap, tak sihat. Tapi kantoi bodoh dengan boss, sebab friend dengan boss di media sosial lepas tu upload gambar gambar buat event…

Pada waktu yang sama yang beri alasan konon tak sihat, rupanya nak buat event. Menipu saja kerjanya.

Aku pun tak berniat nak meluahkan panjang panjang, cuma nak sebut, kakitangan awam yang bermasalah ni memang wujud.

Kelemahan sistem kerajaan pulak, susah nak buang orang macam ini pada kadar segera, bermacam kaedah dan SOP kena lalui dulu baru dapat buang (exit policy).

Jadi kalau kau kakitangan awam yang rajin, berdedikasi dan jujur dalam bekerja, jangan la berkecil hati kalau orang di media sosial mengutuk perkhidmatan awam. Memang wujud orang macam ini, dan mereka ini yang patut terasa, bukan kita.

Kita kena tegur dan marah rakan sejawat yang macam ini sebab menyebabkan imej kita jugak pun tercalar dek perangai diorang ni.

Bak kata pepatah, “kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. macam tu la perasaannya sekarang ni.

Itulah dulu setakat ini, kalau rajin aku sambung la lagi kalau ada masa. Terima kasih semua.

– Zack (Bukan nama sebenar)