Kalau nk kahwin dgn sy jgn suruh sy beranak rapat2, ini syarat utk bakal suami sy

Assalam. Saja nak berkongsi apa yang saya buat sebelum betul2 melangkah ke fasa hidup berpasaangan halal. Saya tak mintak hantaran banyak tapi mintak syarat banyak. Haha. Mungkin anda kata saya over tapi saya buat untuk masa depan saya sebab saya nak bahagia lama. Dah berumahtangga 7 tahun. Anak sepasang. Bekerjaya. Kenal dengan suami zaman kampus, dulu cuma kawan biasa sebab 1 course tapi mula serius bila masing2 dah kerja.

Pada saya berkawan biasa dulu kira bonus, at least dia tak f4ke. Saya cakap kat si dia, kalau betul2 nak peristerikan saya, ni syarat2 saya :

Nafkah :

Nanti dah kawin ada bagi saya nafkah bulanan tak? Itu soalan saya.

Banyak saya dengar suami tak bagi duit kalau isteri kerja. Saya tak kisah banyak ke sikit. Saya boleh bantu untuk perbelanjaan rumah tapi duit nafkah sebagai isteri saya tetap nak.

Husband kata memang akan bagi tapi tak la banyak sebab gaji dia tak besar mana katanya. Beli la apa2 saya nak kalau tak cukup sendiri tambah. Haha saya ok, asalkan bagi, asalkan dia tunaikan hak saya.

Kerjaya :

Saya nak terus bekerja. Bukan sebab saya nak income sendiri untuk beli mekap atau handbag, tapi saya ada komitmen.

Hutang PTPTN, kereta untuk kemudahan/ kecemasan dan yang paling utama ialah saraan parents saya di kampung. Ayah saya bukan pesara berpencen, tu pun sudah uzur dan tak boleh kerja berat.

Ibu suri rumah dan ada penyaakit yang perlu kos rawatan berkala. Adik beradik saya tak ramai. Kami bertanggungjawab atas sara hidup ibu bapa kami.

Kalau husband nak saya resign dan jadi housewife, saya hanya ok dengan syarat dia sanggup cover semua komitmen saya 100%.

Kata husband, dia tak kisah saya kerja walaupun sampai dia dah mampu cover semua bahagian, asalkan kerjaya saya dalam zon yang terjaga ikhtilat dan terhindar daripada fitnah.

Husband faham parents dah penat membesarkan saya, mesti teringin tengok saya berjaya capai cita2. Alhamdulillah.

Tempat tinggal :

Saya memang tolak kalau sebumbung dengan keluarga. Tak kisah mertua atau keluarga sendiri.

Prinsip saya, rumahtangga kena berdikari. Biarlah sewa bilik sebelah rumah parents pun, asalkan kita kontrol sendiri. Nak manja2 ke nak bercekau ke bebas dalam rumah sendiri.

Saya tak nak hadap k0nflik menantu-mertua yang macam selalu orang cerita tu. Jadi sebelum kawin, pastikan dah ada tempat tinggal, sewa ke beli ke tak kisah.

Rupanya bukan husband je ok, tapi mertua saya pun suruh camtu. Awal2 dah sound lepas kawin pi hidup berdikari cari rumah sendiri . Fuhh lega.

Privasi :

Saya rasa bertuah adik beradik husband tak ramai. Bukan la syarat sangat sebenarnya, saya cuma nak ada sedikit privasi bila balik ke kampung mertua masa berkumpul ramai2 macam time raya.

Kena bersempit sebilik dengan ipar/ biras perempuan pun takpe, asalkan saya boleh salin baju, susukan anak & tidur.

Saya tak nak bertudung 24 jam sampai tidur pun bertudung kat ruang tamu, entah apa yang terselak dan dilihat lelaki lain dalam rumah. Bukan ke husband kena lindungi isteri?

Husband kata jangan risau dia memang ada bilik sendiri. Dia tidur luar tak pe, tapi isteri tak boleh. Tau dia taknak orang lain tengok bini dia tidur haha.

Tugasan rumah :

Dulu sebelum kawin pernah saja test dia “kerja rumah sebenarnya tugas siapa?” husband jawab “tau, suami.. sebenarnya isteri yang bantu suami bukan suami bantu isteri”. fuhh lega lagi.

Memang saya terus terang, saya tak nak jadi bibik. Dah lah sama2 keja. Alhamdulillah lega sebab suami memang ringan tulang. Masa saya jadi housewife kejap sebelum tukar kerja pun dia tetap buat kerja rumah sama2, urus anak pun sama2.

Anak :

Jangan suruh saya beranak rapat. Saya nak jarak sekurang2nya lepas penyusuan 2 tahun. Saya nak badan betul2 pulih dan bersedia fizikal mntal. Saya nak anak dapat perhatian secukupnya sebelum dapat adik.

Ye saya tau rancang2 pun kalau nak jadi tetap akan lekat, tapi itu lain cerita lah. Kalau displin betul2 bab merancang tapi terlekat jugak itu dah memang rezeki. Tapi saya tak nak la merancang acah2.

Husband kena ambil peranan jugak, jangan harap saya sorang je kena plan, dah la ramai cakap piil ke cuucuk ke pun boleh lekat jugak. Seriau kot.

Husband cakap kita cuba jarak 2-3 tahun sorang. Sama2 jaga displin. Dia pun kalau boleh tak nak rapat sebab dia jugak yang kena commit macam2.

Bukan setakat ongkos tapi cabaran nak besarkan anak akhir zaman ni kena ambil kira katanya, salah cara anak tak jadi tiket ke syurga tapi ke neraka.

Semua perkara ni saya deal sebelum kahwin. Memang tiada jaminan ia dipatuhi, ada je pasaangan yang berubah lepas kahwin tapi pada saya at least saya usaha dulu. Saya nak husband jelas dengan pendirian saya dan saya nak kata sepakat daripadanya.

Saya tak mau lepas kawin jadi sedih tak dapat nafkah, atau makan hati duduk dengan mertua, atau mengeluh stress kena urus rumahtangga sorang diri, atau penat badan mengandung beranak setiap tahun. Ujian masa depan saya serah pada Allah.

Kalau dia awal2 tak sependapat samada tiada peruntukan nafkah (duit poket), nak saya berhenti kerja, kena duduk dengan family dia,

Harap isteri buat semua kerja rumah, serve dia semua benda atau tak nak rancang anak sebab dia suka anak rapat ramai, sila lah cari wanita yang setuju dengan kehendaknya, yang pasti bukan saya.

Jodoh itu pilihan, bukan takdir semata2. Kita bukan terjaga daripada tidur tahu2 dah ternikah. Ini cara saya, saya cuma tak nak terlalu ‘gmble’. Doakan kami bahagia ke akhr hayat ye.

Kisah ke 2 lebih mendebarkan, baca perkongsian di bawah

Assalamualaikum semua, terima kasih diucapkan kepada admin kerana sudi menyiarkan luahan saya ini. Nama saya Hafiz bapak kepada 3 orang anak dan berasal dari Kelantan serta dibesarkan di bumi Kedah Darul Aman.

Tujuan saya luahkan ini untuk berkongsi bagaimana cara nak dapatkan jodoh. Selepas saya grad dari universiti ketika usia 23 tahun. Saya telah tetapkan dalam benak fikiran saya untuk berkahwin ketika usia 30an.

Tapi ketika dalam usia 20an ini saya akan mempersiapkan apa yang patut sebelum melangkah ke harinya. Apa yang saya persiapkan pertama saya mempersiapkan bekalan untuk bertemu hari maati dan kedua bekalan untuk ke hari tua.

Dari umur 23 tahun ini saya berusaha dalam menuntut ilmu agama, ilmu pengurusan kewangan, bina pendapatan hidup, buat simpanan, buat pelaburan, buat perlindungan, beli rumah, beli kereta,

Menuntut ilmu keibubapaan, menuntut ilmu psikologi kekeluargaan, menuntut ilmu psikologi kanak-kanak, menuntut ilmu pengurusan emosi wanita dan menuntut ilmu pengurusan emosi lelaki.

Juga setiap ilmu yang saya pelajari ini. Saya akan aplikasikannya berdasarkan persekitaran hidup saya.

Sebagai contoh ilmu agama seperti ilmu fiqh wanita ini saya berusaha mendidik adik perempuan saya dan anak saudara perempuan saya supaya mereka hidup mengikut hukum agama.

Seperti ilmu keibubapaan dan ilmu psikologi kanak-kanak itu saya praktikkan pada anak saudara saya. Manakala ilmu pengurusan emosi wanita dan lelaki itu saya praktikkan pada adik – adik saya.

Selepas itu bila masuk usia 30an masih tidak fikirkan tentang jodoh. Tapi ketika ini masih menjalani kehidupan seperti biasa samada berusaha untuk bertemu hari maati atau berusaha untuk ke hari tua.

Tiba – tiba ketika umur saya 33 tahun. Dalam masa saya sedang mengasuh dan menjaga anak saudara saya yang datang dari pasangan pakar perubatan.

Allah takdirkan saya bertemu dengan seorang ibu bersama seorang anak depan pintu pagar rumah saya.

Tibanya dia depan pagar rumah saya dan menyapa assalamualaikum, adakah ini rumah encik Aiman adik kepada doktor Aisyah.

Bila saya jawab ya saya adik kepada doktor Aisyah. Kemudian dia perkenalkan dirinya bernama Athirah dan bekerja sebagai pakar perubatan.

Dia jelaskan pada saya dia sibuk di hspital. Boleh tak dia minta tolong saya jagakan anak lelaki dia yang berusia 4 tahun.

Selepas saya bersetuju untuk mengasuh anaknya bersama anak saudara saya yang datang dari circle yang sama.

Bermulalah fasa untuk saya kenali dirinya. Sepanjang saya mengasuh anaknya sering kali dia datang ambil anaknya ketika jam 10 malam – 12 malam.

Malah sekitar jam 1 pagi hingga 6 pagi sering kali dia call saya tanya boleh tak dia nak hantar anaknya sebab dia oncall.

Saya tak pelik dengan pertanyaan dia sebab anak saudara saya yang saya mengasuh itu pun datang dari ibu bapa yang bekerja sebagai cardiologist dan emergency physician.

Tapi saya peliklah kenapa sepanjang saya mengasuh anaknya. Saya tak pernah lihat kelibat bapaknya. Ketika itu saya tanyalah kakak saya kenapa dan kenapa.

Jawab kakak saya, ketua dia itu pada 2 tahun yang lepas baru bercrai. Ini berpunca dari kesibukannya di hspital dalam menjaga keselamatan nyaawa kaaum ibu dan bayi yang akan dilahirkan.

7 bulan saya berusaha mengasuh anaknya. Tiba – tiba selepas selesai saya dirikan solat subuh. Saya mula rasa kesian dekat dia yang perlu datang ke rumah saya dulu untuk hantar anaknya kemudian baru dia ke hspital.

Bila hati saya rasa kesian, saya pun mula ambil jalan untuk buat solat sunat istikharah.

Jawapan yang hadir itu bukan menyebabkan saya suka padanya tapi saya jadi lebih merasai untuk menyayangi anaknya dan mudah untuk membantu dalam menjaga anaknya sewaktu dia oncall.

Pada satu hari itu kebetulan ketika dia balik kerja awal dari hspital. Saya ada confess isi hati saya untuk memperisterikannya. Tapi ketika itu mudah untuk dirinya tolak dengan “MAAF”.

Selepas kena tolak itu saya bersangka baik mungkin waktu itu belum sampai masanya. Juga mungkin hatinya masih tertutup rapi untuk adanya suami.

Berbekalkan jawapan dari solat sunat istikharah sebelum ini. Saya terus chat dengan dia dan memohon maaf serta saya suruh dia anggap luahan saya itu hanya untuk warna warni dalam hidupnya. Ini untuk memastikan dia tidak berfikiran menarik anaknya dari dijaga oleh saya.

Sepanjang saya chat itu dia beritahulah selepas dia bercrai dengan bekas suaminya. Dia telah memasang niat untuk tidak bersuami lagi.

Ini kerana dirinya sibuk dan dia juga ada sejarah penyaakit mntal. Jadi dia takut kalau dia berkahwin lagi dapat suami yang tidak faham akan hidupnya dan lebih memberi tekanan terhadap dirinya.

Disebabkan jawapan dari solat sunat istikharah saya itu baik. Saya terus berusaha untuk memilikinya. Usaha pertama saya ketika itu saya tanya pendapat kesemua ahli keluarga saya samada emak saudara saya, bapa saudara saya, abang saya, kakak saya dan adik saya.

Wajarkah saya memiliki seorang isteri yang sibuk di hspital dan mempunyai penyaakit mntal. Bila saya dapat jawapan dari mereka semuanya beri jawapan yang baik.

Kemudian saya ambil jalan untuk gunakan kaedah ruqyah mahabbah dari surah ali imran ayat 31. Tujuan guna kaedah ini untuk merawat hatinya yang masih sedih, kecewa dan takut.

Selepas saya guna kaedah ini dalam 3 minggu. Dengan cara saya baca doa ini semasa kami bersembang tentang anaknya.

Kemudian saya niatkan dalam hati supaya Allah bukakan pintu hatinya untuk menerima saya. Masuk minggu keempat tiba – tiba dia kata nak kenal dengan adik – adik boleh.

Okay saya pun beri nombor hp adik – adik saya. 2 minggu kemudian ketika dia hantar anaknya ke rumah saya.

Dia ada tinggalkan nota jika Encik Aiman ikhlas nak jadi bapa kepada anak lelaki saya dan ikhlas untuk memperisterikan saya. Bolehlah datang masuk berjumpa ayah saya di alamat yang tertera.

Bermula dari situ dan 4 bulan kemudian kami pun kahwin. Kini sayalah yang menjadi tulang belakang untuk hidupnya yang sentiasa sibuk di hspital dan sayalah juga pendokong untuk dirinya supaya kembali sembuh dari penykit mntal.

Walaupun usia perkahwinan saya masih setahun jagung dengannya. Tapi saya rasa macam sudah lama berkahwin.

Ini kerana sebelum kahwin saya sudah diajar oleh arwh ummi untuk mengamalkan sikap kita jaga kita dengan adik beradik. Jadi tiada apa yang baru dan semuanya berhadapan dengan sikap manusia.

Bila saya tanya kenapa sebelum awak tinggalkan nota persetujuan untuk berkahwin dulu. Awak kata mahu kenal dengan adik – adik saya.

Jawab isteri saya tujuan dia nak kenal dengan adik saya untuk selidik diri saya melalui mereka. Soalan yang ditanya oleh isteri saya kepada adik – adik saya.

Pertama bagaimana akhlak saya dengan mereka. Kedua dekat rumah berapa kali saya mengimami mereka ketika solat berjemaah.

Bila isteri saya mula menerima jawapan yang baik dari adik saya. Maka selepas itu dia mula lapangkan dada dan meminta Allah buka pintu hatinya untuk menerima seorang lelaki kembali.

Kata kuncinya, bahagia akan datang bila sekufu dan bahagia juga akan datang bila ada persediaan ilmu. Sebab itulah agama melarang kita bercinta sebelum kahwin. Tak perlu bercinta sebab kita sudah dikurniakan keluarga. Jadi bercintalah dengan mereka.

Apa yang baik dari mereka disyukuri dan apa yang buruk dari mereka bersabar dan bertanggungjawablah pada mereka. Ketika itu ilmu yang memainkan peranan.

Kita nak apa sebenarnya dalam hidup ini. Sememangnya hidup di dunia ini Allah hamparkan dengan ujian. Jadi berpada – padalah dalam memilih pasangan. Jangan kata tiada jodoh jika otak kita sentiasa mencari yang sempurna.

Jika kita sentiasa berdoa Ya Allah kurniakan aku syurgaMu Ya Allah. Ingatlah apa yang kita doakan itu bukannya percuma untuk kita. Jadi disebabkan ianya bukan percuma untuk manusia. Ketika dalam usaha memilih jodoh ini perlu menitik beratkan perkara utama.

Pertama berakhlak dan kedua memiliki kefahaman dalam agama walaupun kurang. Selebihnya kita perlu melengkapi hidupnya. Kerana manusia ini akhlak yang memandu hidupnya.

Kemudian kefahaman dalam agama yang dimilikinya akan menjadi garis panduan ketika memandu.Terima kasih kerana sudi membaca.