Semua terbongkar apabila pada hari lahir aku suami menyatakan hasrat untuk mencari pembantu untuk menjaga ibunya

Assalamualaikum. Aku berumur 37tahun. Suami sebaya. Kami berkawan dari tingkatan 3.Dah berkahwin 13tahun. Jadi hubungan kami ni dah terlalu lama dan kenal perangai masing2. Kami mempunyai 3 org ank. dari susah dan memiliki aset bersama2.

Susah senang dah lalui bersama2. Sama2 kerja sebagai penjawat awam. hidup tidak mewah sangat tapi segalanya mencukupi. suami seorang guru. aku pon bergaji tetap. selama berkahwin, segalanya berkongsi. bukan duit semata2 dari suami.

aku byk membantu dari segi kewangan utk melengkapkan keperluan keluarga kami. bohonglah sepanjang perkahwinan, kami tidak diuji. gaduh2 biasa. adat dalam berumahtangga. di musim PKP ni aku diuji dgn ujian yg semua orang perempuan berat untuk terima.

tapi aku redha. hikmah Allah nak beri untuk aku muhasabah diri awal tahun suami terjebak dengan ride motorsikal. aku izinkan dia ikut kumpulan konvoi motor kerana aku terlalu percayakan yang suami aku seorang yang setia dan tidak akan buat perkara bukan2 belakang aku.

suami ride pon bawak anak kami yg berumur 12tahun bersama2nya. jadi memang aku tidak akan syak apa2. tapi hakikatnya bukan begitu. suami berlaku curang belakang aku kerana dia sempat berkenalan dengan janda anak 2 dalam kumpulan ride motor tu.

perkara ni aku tahu sikit2 , apabila kawan2nya komen di Facebook usik2 pasal jumpe wife baru. pada mulanya suami menafikan cakap kawan2 hanya mengusik. jadi aku tenang semula. rupa-rupanya masa ride tu suami boncengan motor bersama janda tu.

kawan2 perempuan yg sama2 ride galakkan mereka naik motor bersama. Anak aku disuruh bonceng motor orang lain. kawan2 ride semua bagi sokongan.
Perkara ini terbongkar apabila pada hari lahir aku suami menyatakan hasrat untuk mencari pembantu untuk menjaga ibunya dikampung sebab ibunya takut bila sorang2 dirumah.

jadi suami nak cari peneman kononnya untuk menjaga ibunya. aku ingatkan pembantu yg boleh datang balik hari, tetapi rupanya isteri baru untuk dirinya. menyelam sambil minum air la ni!! sungguh hancur hati aku apabila suami menyatakan sbb untuk beristeri baru tu.

sambil memberitahu akan kekurangan diri aku. kiranya kehadiran janda tu untuk melengkapkan kekurangan aku. Allahu akbar!! sungguh aku kecewa. selama mana kami berkahwin , aku terima segala keburukan suami tanpa mengaibka suami pon. aku bersabar dengan sikap panas barannya.

sikap suka maki hamunnya. dia berkenalan dengan janda tu pon tidak sampai sebulan. baru beberapa hari tetapi sanggup buat keputusan sebegini rupa. suami cakap janda tu hidup susah. duduk kampung. bercerai dengan suaminya sebab ex suaminya isap ice. suami nk bantu.. Allahhhh..

aku x kuat. suami suruh aku meminang janda tu untuk dirinya. aku x sekuat itu. aku sangkakan cinta dan sayang suami aku hanya untuk aku dan anak2 tapi tidak. Allah benar menguji aku! aku redha.

ujian tidak berakhir disitu. Janda tersebut berani mesej aku mintak izin untuk dia berkahwin dengan suami atas alasan untuk menjaga syurga suami aku. takdirnya mereka bertemu dan saling jatuh cinta atas aturan Allah. sgt manis kata2. dia nak cari pahala menjaga orang tua. dia tidak mahu tuntut apa2 dari suami dan aku.

aku cakap takkan la dia mahu nafkah. makan minum zahir batin semua. macam aku bodoh pulak dibuatnya tidak boleh berfikir pasal nafkah. dia tidak tahu yang suami dan mak mertua aku sangat kedekut dan berkira2 dalam beli makan dan barang2.

Susah untuk suami belanja aku dan anak makan yang sedap2.kalau keluar berjalan mana pon selama ni, aku yang belanja makan. bukan nak mengungkit, tapi hakikat yang suami sangatla kedekut orangnya .

Sungguh ayat2 manis dari seorang janda yg nk sangat suami aku. sebab suami aku bekerjaya. cuba kalau suami aku xde keje yang bagus, mahu ke dia yg bini no 2. semata nak jaga mak mertua aku pulak tu. Janda tu x kenal lagi perangai sebenar suami aku.

Kalau dia berada tempat aku sekarang , sumpahh dia menyesal.
Allah .. sungguh singkat fikirkan suamiku. dia nak bertindak macam tu kerana terlalu ikutkan perasaan . nafsu semata. dia ambil kesempatan atas kebaikan aku. sebab aku menerima kesalahan dia yg dulu.

menjadikan dia yakin aku boleh terima lagi. Janda anak 2 tu cakap bukan2 pasal aku. dia cakap suami dah sediakan segalanya kat rumah aku semua ada. apa yang xde. Allah.. duit aku pon berabis untuk kumpul aset bersama. sedap mulut dia nak sakitkan hati aku. suami aku ada sikap suka buruk2 isteri pada orang yang baru dia kenal.

nak meraih simpati janda tu untuk berkahwin dengan dia. sanggup buruk2 kan aku. Allah!!aku benar2 diuji. aku suruh pilih sama ada suami nak aku atau janda tu. tapi suami nak dua2. sungguh tamak. Janda tu ugot aku untuk menjaga hati suami aku.

kalau aku tidak berubah, (balik duduk rumah emak suami) dia tidak teragak2 untuk kahwin dengan suami aku. (panjang cerita sebenarnya dalam masalah menjaga mak mertua yg tinggal sorang2 ni) Allah.

walaupon hubungan kami suami isteri bermasalah, bukan hak janda tu untuk datang dlm hidup kami untuk selesaikan. bukan ini caranya. Aku beralah. suami akui dia tersilap. dia tidak patut buat macam ni. dia cakap aku sngat baik. sebab aku tidak pernah tinggikan suara Lada suami.

walaupon dia maki aku. aku hanya mampu menangis je. lepas tu hubungan kami baik semula. dia pon x sanggup kalau beristeri 2. besar tanggungjawab. nak pelihara anakĀ² tiri lagi. Akhirnya kami berpindah ke rumah mak suamiku. rumah kami tidak dijual. jadi tempat persinggahan kami.

aku sanggup berulang alik tiap hari dan menguruskan anak2 aku sekolah. aku jadi seorang yang terbaik untuk suami. menjaga ibunya. aku cakap mak kena tunggu sampai aku balik kerja. aku suruh jiran mak tengok2 emak sementara aku sampai rumah.

aku buat apa yg suami nak. takpe aku berkorban. walaupon perasaan aku sangat hancur. duit aku habis untuk beli macam2 kat rumah mertua. xpe pahala aku kejar jgk. setelah melihat hubungan kami suami isteri semakin baik, akhirnya janda tu mengundurkan diri.

dia jeles dengan apa yang aku ada dan dapat dari suami. kalau dia jadi madu aku, mcmana la dia nak kawal rasa cemburunya melihat aku memiliki segalanya. janda tu katanya dah takde apa2. tapi aku sentiasa berhati2. sebab traumanya dan fobia tu sangat terkesan dihati.

Aku sangat takut berbuat salah sebab suami aku akan bertindak mencari perempuan lain dari mencari Allah kalau kami ada masalah. hikmah PKP ni, ride pon xde. suami berjanji akan bawak aku kemana saja suami ride lepas ni.

sebab janda tu ada dalam kumpulan ride tuuu.aku sentiasa berdosa suami pencen terus dari ikut ride. rasa nak gantung motor tuuu. motor tu atas nama akuuu.. doakan aku kawan2. dunia tempat ujian.