Assalam semua pembaca. Cerita ni tentang suami saya. Dia memang tak reti nak hargai saya. Nak raikan saya.. nak ucap sayang-sayang lagilah. Semua ni bermula sebelum puasa tahun ni lagi. Mula-mula dia minta izin nak poligami.
Yes, saya bukan nak menolak.. tapi saya bagi.. cuma bersayaarat. Sedangkan diri saya dia tak pernah buat apa-apa. Honeymoon, duit nafkah tak ada. Bil rumah bil sekolah anak semua saya tanggung sampaikan dia punya duit rk0k. Tahun lepas company dia kena songlap dengan partner dia.
Terpaksa dia f1ght dapatkan hak balik. Saya bantu.. semua kewangan saya bagi.. hingga semua saya gadai. Tahun ni saya dh tak kerja. Saya hiilang punca rezeki tapi saya niaga online. 2-3 bulan jalan.. dapat juga 2k lebih sebulan. Bulan 4 dia buat hak nak nikah lain.
Saya bagi sayaarat, banyak sayaaratnya buatkan saya lebih daripada segalanya. Suami setuju.. tapi sejak hari tu.. Saya rasa semuanya dah lebih pada perempuan tu dah. Memang saya jeles bila saya mesej suami. 3-5 jam baru reply.. tapi saya trace mesej dia dengan perempuan tu setiap saat.
Even tengah drive pun boleh reply mesej.. makan apa.. buat apa tak payah cakaplah. Balik rumah tegur saya pun tak.Tersengih-sengih dengan hp. Bila saya tanya dia cakap, kan nak ngayat. Mestilah kena layan betul-betul. Pedih juga hati.. tapi saya biarkan lagi.
Lepas tu lama-lama saya tengok ada resit transfer bank in.. bukan sikit tau. Mulalah saya angin. Sebab dalam masa sama saya dan anak2 makan bihun nasi goreng je kat rumah.. sebab nak jimatkan duit dia. Dia memang sah-sah makan kat luar sebab dia kerja tak ikut masa. Apa yang saya minta pun duit barang anak sahaja.
Barang dapur pun saya guna duit sendiri. Bila dapat tahu pasal duit tu, saya gduh besar dengan dia. Still tak ngaku.. dia pkul saya.. sampai pinggang saya tak boleh tegak.. depan anak2. Dia tension dia pkul juga anak2. Kadang bngkak-bngkak kpala saya.
Sejak dari situ.. saya nekad.. saya takkan biarkan semua ni menjadi.. takkan ada p0ligami untuk dia, melainkan crai atau stay dengan saya. Cara pertama saya buat, saya hiaskan diri macam budak yang dia gla-gla kan tu. Saya takde duit.. saya minta dia.
Dia tak bagi.. tapi saya tipulah.. konon bil astro tertunggak. Contoh bil semasa rm150, saya cakap tak bayar bulan lepas.. total rm250. Sebab dia susah nak bagi duit untuk saya pakai. Tapi dia percayakan saya urus rumah. So ini je cara saya nak ambil hati dia.
Bisnes saya hncur.. saya hiilang mood nak berniaga.. anak2 pun kadang saya tak boleh kawal. Saya kesian kat anak2.. Saya bawa diorang jalan2 je. Bagi diorang tak str3ss macam saya alami.. takkan nak hadap perangai mak ayah yang gduh jekan. Sebab memang kami tiap hari gduh.. mau tak gduh.. dah pakai makeup.. perfume.. baju takdelah cantik. Sebab baju lama.. tapi saya alter sikit bagi sksi.
Pun dok layan hp juga, Yes, saya macam orang gla. Saya rayu dia. Saya t4gih c1uman dia. Saya minta dia pluk saya.. tp takdenya. Dia rela layan mesej sambil saya tengah sedu-sedu nangis depan dia. Siap suruh saya pergi jauh lagi. Suami hujung tahun memang banyak outstation (tahun lepas).
Dia hanya balik untuk tukar baju dan bag baju sahaja. Kadang tengok dia kepenatan kesian sangat.. nak je picit dia macam dulu. Nak tanya dia dah makan ke belum. nak sembang apa yang dia buat sepanjang hari.. tapi, semua tu terpaksa dipendam je. Sebab dia tak banyak cakap. Balik rumah pun, tidur 2-3 jam saja dah nak keluar kerja balik.
Saya still t4gih rindu pada dia walau depan mata dan saya sememangnya tunggu dia balik kerja even seminit dua, untuk spend masa berdua dengan dia. Tapi sayang, anak2 yang kecil tak faham apa yang mak ayah nak dan saya sebagai ibu still kena jaga anak dalam masa yang sama hati ini terjerit-jerit nak pluk suami. Nak borak manja dengan dia.
Saya cuba tegur benda kecil-kecil untuk mulakan perbualan tapi antara dengar dan tak dengar.. jwab pun setakat umm… ya.. je. Saya ni dah la kat rumah tak ada teman borak.. ada dia nak juga borak dan cerita tentang hal anak2.. tapi dia langsung takde respond.
Dengan tangan tak lepas pegang hp.. trsengih – sengih.. geram betul tengok. Kadang saya tengah mandikan anak.. tau2 dia dah tergolek kat katil bilik kami dengan tutup pintunya borak dengan perempuan tu. Saya biar je lagi.. sebab saya pun nak uruskan anak2.. makan.. main.. dan tidurkan diorang. Tapi hati saya macam dah kena bakar je… rasa nak gegar je bilik tu tapi still tahan.
Dia borak dengan perempuan tu sejam lebih tau tak.. padahal kejap lagi nak keluar dah .. nak pergi kerja. Dengan saya acuh tak acuh je cakap.. bila anak dah settle. saya cuba kacau dia. Still dengan sombongnya (kuasakan pada lelaki nak lagi bergelar suami), dia hanya minta saya service die je.. dengan tanpa sentuhan pun pada diri saya.
Wahai k4um isteri.. kalau anda kat tempat saya apa korang rasa.. Memang dah makan bulan pun saya tunggu dia sentuh saya.. tapi h4ram. Saya nak juga bermanja2.. dipluk dic1um.. apa2lah.. taknak main pun takpe.. janji saya dihargai. Dia buat saya macam takde nfsu.. macam dia sorang je nak kena layan nfsu. Bila saya cakap habis nfsu saya ni siapa nak layan?
Tau apa yang dia cakap.. dia suruh saya cari lelaki lain tapi main mesej jelah.. nak lcah pun boleh.. asal tak main. Allah… skit 0tak fikir hal b0doh ni… rabak tau hati saya.. then saya teruskan step lain. Sekarang bermulalah klimaks cerita.. step drastik saya buat.
Walau hati betul2 skit. Allah tu adil kot.. malam saya sedu2 nakkan pluukan dia dan dia halau saya. Ada str4nger mesej saya kat wasap.. sebab saya niagakan.. so tak hairanlah no saya ada yang contact nak kenal. Dulu pun ramai.. tp saya tak layan semua.. tp malam tu.. Sebab kecewa sangat saya layan lelaki tu Mesej jelah Start dari malam tu walau skit hati tengok dia dengan hp dia..
saya berlakon cool je. Untuk buat saya hiilang rasa skit hati, saya tidur bersama anak2 je. Saya tunggu suami siap nak pergi kerja baru saya bangun. Waktu dia mandi saya siapkan sarapan dan apa yang patut.. mana sempatlah. Hp dia tu dalam tandas pun dia bawa msuk. Bila die keluar je.. saya terus masuk bilik tidurkan anak2 balik. Memang saya tak boleh tengok muka dia. Dan start itu juga.. sepuluh sen pun saya minta dia.
Walau dia tak bagi.. saya diam dalam rumah. Bila dia balik saya hanya siapkan nasi telur je untuk protes yang saya takde duit. Tapi serious saya takde duit pun. Dan saya dah taknak fikir dia tak ada duit. Saya hanya fikir duit saya dia labur kat betina lain. Start dari situ RM50 dia bagi. RM10 mesti saya ambil untuk diri saya.
Sampai cukup RM100 saya pergi simpan kat kedai emas. Uolls nak tau.. sekarang saya dah kumpul 3 gelang dan 1 loket untuk anak saya dan yes.. dia tak tau lansung.. Ini untuk masa depan saya je saya fikir. Balik pada stranger tadi. Seminggu lebih.. dia balik rumah dia tengok saya dengan hp saya. Kadang saya berlakon senyum2.. biarpun mesej entah apa2.
Nada dering stranger tu pun saya buat nada lagu frozen. Anak saya suka.. bila dapat mesej dia lagu frozen keluar.. dan yes.. saya berjaya buat suami skit hati. Walau sedih… Tapi saya dah start buat sesuatu yang lain. Kami keluar makan kat kedai, dia tutup hp.. sebab nak borak dengan saya. Tapi saya still mesej juga dengan stranger tadi. Saja nak buat benda ni real, padahal saya tak ada perasaan pun. Malam tu malam sebelum raya tak silap saya,
dia ajak beli baju anak. Saya cakap kami nak baju mahal.. dia cakap tak cukup duit.. saya cakap takde duit stay kat rumah.. tapi dia yang lebih2 siap tolong saya mandikan anak2. Mungkin dia nak pujuk saya kot. So oklah. Before.. kereta saya hampir terbalik tau sebab 0tak saya asyik fikir suami..
Sambil drive tu saya macam teringat apa yang dia buat pada saya.. nasib bawa adik ipar.. dan dia yang nampak saya dah naik divider dan tayar memang tertoreh. So malam tu nak pergi be1i baju raya. Suami nak bawa kereta saya. Sekali masa nak isi minyak dia tengok tayar kereta yang rosak tu. Terus dia pkul saya dalam kereta depan anak2. Dia bengang saya tak jaga kereta. Ya saya tahu salah saya.
Tapi bukan saya suka2 nak lggar divider tu.. semua pun bersebab.. die tak tanya pula saya dan anak2 masa eks1den tu macam mane. Sedih sangat. then.. bila pergi shopping. Dia bagi saya RM500.. saya beli baju anak2 dan kasut, untuk saya hanya lipstik dan foundation.
Sebab itu je yang habis setakat itu. Baki saya simpan untuk beIi barang dapur. Malam tu habis dekat RM400. Berapa je baki untuk saya beIi barang dapur.Dengan barang anak2. Saya ingat ok dah.. even mood saya kelaut.
Order KF-C dengan dukung anak kecil dan anak sulong minta itu ini.. dia rilek je kat meja tunggu saya datang hantar makanan sambil mesej dengan perempuan tu semua. Dalam hati saya..macam tu ke gaya dia nak pujuk saya. Sya hantar makanan tu satu persatu.. yelah.. 4set untuk 4 orang makan.. mau tak banyak. Dengan dukung anak sebelah kanan.
Dia pulak saya tengok dok senyum dengan hp. Belum pun saya sempat makan.. dia ambil air terus keluar cakap ada call penting. D4mn, G1ler, Aku nyesal ikut dia keluar.. nitis air mata aku laju2.. nasib anak lapar.. bertahan je agar air mata tak tumpah kat ayam.
Dan serious ni betul2 melampau, Aku kembali balik pada stranger tadi. Pada asal hanya untuk buat suami jeles.. tapi sebab malam tu dia kecewakan aku. Serious.. terus aku call nangis kat lelaki tu.. entah mana hiilang malu.. aku luah habis kat lelaki tu. Lelaki tu minta aku tinggalkan suami datang pada dia. Takdelah hebat pun lelaki tu.
Just mungkin dia faham situasi aku dan dia janji nak jaga anak2 aku. Aku dalam dilema.. sayang aku pada suami masih ada. Dan lebih banyak. lelaki tu hanya baru sahaja muncul.. lagipun belum tahu dia macam mana.. sekali aku salah langkah.. Anak2 aku yang mer4na.